Keberkesanan Unsur Sastera dalam Pemelajaran Bahasa Melayu

Lee, Swee Tim (2005) Keberkesanan Unsur Sastera dalam Pemelajaran Bahasa Melayu. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
590Kb

Abstract

Unsur sastera (US) merupakan satu bahagian yang penting dalam pemelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah. Pengajaran US dalam pemelajaran bahasa amat perlu untuk mengukuhkan penguasaan bahasa di kalangan pelajar. Mulai 1 Mac 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia) telah melaksanakan pengajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di peringkat sekolah menengah. Tesis ini merupakan satu kajian tentang penggunaan US dalam KOMSAS dan peranannya dalam mengukuhkan pemelajaran bahasa, iaitu dengan mengenal pasti apakah unsur-unsur sastera yang boleh mengukuhkan pemelajaran BM pelajar di peringkat sekolah menengah, dan pencapaian mereka serta kaitannya dengan US yang diminati. Bagi menganalisis US yang boleh membantu mengukuhkan pemelajaran BM dalam kajian ini, teori yang digunakan ialah Pendekatan Respons Pembaca (RR) yang diperkenalkan oleh Rosenblatt (1976). Data dikutip daripada pelajar Tingkatan I1 hingga V di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd. Said, Nilai, Negeri Sembilan dalam bentuk soal selidik. Data dianalisis berdasarkan pengiraan bentuk peratusan untuk memperoleh dapatan. Selain itu, wawancara juga dilakukan dengan guru-guru yang mengajar bahasa Melayu, untuk mendapatkan pandangan mereka tentang penggunaan US dalam pemelajaran bahasa. Data ini dianalisis dalam bentuk kiraan peratusan bagi memperoleh dapatan. Daripada penganalisisan kajian yang menggunakan pendekatan seperti yang dinyatakan, didapati bahawa terdapatnya unsur-unsur sastera yang digunakan itu, bole12 dan tidak boleh membantu mengukuhkan pemelajaran bahasa, adanya perbezaan minat di kalangan pelajar yang berlainan ras (Melayu, Cina, dan India) yang mempelajari US, dan minat di kalangan pelajar ini mernpengamhi pencapaim peperiksaan mereka dalam mata pelajaran BM. Dapatan ini digunakan untuk menggubal sebuah kurikulum pemelajaran bahasa yang baham yang menggunakan US.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Malay language - Study and teaching
Chairman Supervisor:Professor Madya Noor Aina Dani, PhD
Call Number:FBMK 2005 13
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:5870
Deposited By: Nur Izzati Mohd Zaki
Deposited On:05 May 2010 08:06
Last Modified:27 May 2013 07:25

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 May 2010 08:06.

View statistics for "Keberkesanan Unsur Sastera dalam Pemelajaran Bahasa Melayu "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.