UPM Institutional Repository

Kritik Sosial dalam Pasar Pengalaman oleh T. Alias Taib


Citation

Haron, A. Rahman (2005) Kritik Sosial dalam Pasar Pengalaman oleh T. Alias Taib. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan satu analisis tentang kritik sosial yang dipaparkan oleh T. Alias Taib dalam kumpulan puisi beliau, iaitu Pasar Pengalaman yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2004. Objektif kajian ini ialah menganalisis sajak-sajak, membincang atau menghuraikan pengungkapan kritik sosial yang digarap oleh T. Alias Taib. Sajak-sajaknya disaring dari kumpulan puisi berkenaan dan sajak yang paling dominan kritik sosialnya dinyatakan dalam kajian ini. Kritik sosial yang dipaparkan melalui puisinya menampilkan kematangan T. Alias Taib memanfaatkan segala khazanah pengalaman menggambarkan perlakuan tindakan individu mahupun perkumpulan yang cenderung ke arah tindakan negatif dan perlu ke arah pembaikan atau tindakan yang lebih rasional. Penulis menggunakan kaedah kepustakaan bagi membuat analisis kajian. Penulis juga menggunakan kaedah lapangan dengan mewawancara T. Alias Taib tentang penglibatan beliau di bidang kesusasteraan sebelum beliau meninggal dunia. Penulis turut mewawancara isterinya, iaitu Puan Salmah binti Ayub untuk mendapatkan gambaran dari sudut pandangan beliau tentang T. Alias Taib. Berdasarkan penelitian sajak-sajak T. Alias Taib, didapati bahawa kritik sosial yang diungkap meliputi lima aspek. Aspek berkenaan, iaitu teguran terhadap individu mahupun kumpulan yang menyimpang dari landasan agama dan norma masyarakat. Seterusnya memperlihatkan kebijaksanaan seseorang dalam membuat pertimbangan. Aspek lain turut memperlihatkan kesedaran yang lahir dari jiwa atau dalaman diri individu. Rangsangan dalam membuat tindakan yang matang dan menganalisis isu-isu semasa merupakan aspek kritik sosial yang berikutnya. Kntikan yang dibuat menampakkan kematangan T. Alias Taib mengadun pengalaman berdasarkan pemerhatian dan pengamatannya terhadap masyarakat sekeliling. Beliau juga memperlihatkan pandangan menerusi sajak-sajak yang dihasilkan.


Download File

[img] Text
FBMK_2005_4 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Criticism, Personal, in literature
Call Number: FBMK 2005 4
Chairman Supervisor: Arba'ie bin Sujud, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 05 May 2010 08:32
Last Modified: 06 Jan 2022 07:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5856
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item