Nik Muhammad Affendi, Nik Rafidah (2005) Pemikiran dan Teknik Penceritaan dalam Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 572Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang pemikiran dan teknik penceritaan dalam novel-novel komponen sastera bahasa Melayu. Berdasarkan 20 buah novel yang dijadikan bahan kajian dengan menggunakan pendekatan psikologi dan etika ini diharap dapat memperkukuh kenyataan bahawa kedua-dua aspek ini mempunyai hubungan dengan manusia. Objektif kajian ini untuk menganalisa pemikiran yang diungkapkan oleh pengarang dan melihat kepelbagaian teknik penceritaan yang digunakan dalam novel-novel yang dikaji. Penyelidikan ini menyentuh beberapa kajian yang lalu, buku-buku dan kertas kerja yang memperkatakan pemikiran, teknik penceritaan dan bahan-bahan komponen sastera. Kajian ini juga menganalisis pemikiran yang merangkumi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi dalam karya-karya pilihan. Aspek-aspek ini diteliti untuk melihat perkaitannya dengan masyarakat. Seterusnya, penganalisisan teknik penceritaan pula merangkumi teknik pemerian, tuturan yang terdiri daripada dialog, monolog dan monolog dalarnan seterusnya imbas kembali, imbas muka, ketegangan dan kejutan. Teknik-teknik tersebut mempunyai fungsi masing-masing dalam memperkembangkan plot cerita.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Subject: | Malay language - Thoughts and thinking |
| Chairman Supervisor: | Hj. Ramli @'Sahari Bin Isin, PhD |
| Call Number: | FBMK 2005 1 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| ID Code: | 5849 |
| Deposited By: | Nur Izzati Mohd Zaki |
| Deposited On: | 05 May 2010 16:44 |
| Last Modified: | 14 Jun 2011 13:15 |
Repository Staff Only: item control page