UPM Institutional Repository

Bahasa kebangsaan sebagai tenaga pemangkin pembangunan negara secara ekuitabel ke arah negara maju


Citation

Musa, Hashim and Che Rodi, Rozita (2012) Bahasa kebangsaan sebagai tenaga pemangkin pembangunan negara secara ekuitabel ke arah negara maju. In: Persidangan Kebangsaan Libatsama Universiti dan Komuniti (LUK2012), 22-23 Nov. 2012, Hotel Vistana, Pulau Pinang. (pp. 522-542).

Abstract

Secara lumrah alam negara-negara maju di dunia menjadikan bahasa kebangsaan mereka sebagai tenaga pemangkin pembangunan yang ekuitabel iaitu pencapaian kemajuan dan peningkatan kualiti hidup dalam aspek fizikal, sosial, mental, psikologikal dan emosional bagi setiap lapisan masyarakat, wilayah dan kawasan secara merata dan menyeluruh. Bahasa ialah wahana dan tenaga penggerak terpenting dalam upaya perakaman, penyampaian, pemahaman dan penguasaan segala prinsip, polisi, amalan dan strategi pembangunan bagi setiap lapisan masyarakat dari setiap wilayah dan kawasan. Inilah peranan yang dimainkan oleh satu bahasa kebangsaan negara yang juga berfungsi sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa pengantar pendidikan di negara-negara maju di seluruh dunia tanpa kekecualian seperti yang berlaku di negara Barat Benua Eropah, Amerika dan lain-lain. Negara-negara maju di Timur juga menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa rasmi dan bahasa sains dan teknologi seperti Jepun, Korea, Republik Rakyat China dan Taiwan. Namun di dunia barat kebanyakan anggota masyarakatnya bersifat bilingual atau multilingual disebabkan faktor mobiliti yang meluas. Di Malaysia kini dalam langkah ke arah mencapai status negara maju, strategi MBMMBI (memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris) telah diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian rakyat Malaysia sebagai modal insan yang berketerampilan sambil mengukuhkan solidariti, integrasi dan patriotisme dalam acuan Malaysia. Namun terdapat beberapa kekangan dan halangan yang boleh membantut tindakan ini, yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini.


Download File

[img] PDF
57667.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (339kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
Keywords: Equitable development; Vehicle (of expression); Competency; Solidarity; Patriotism
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 25 Oct 2017 01:42
Last Modified: 25 Oct 2017 01:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57667
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item