Faktor Berkaitan Dengan Penerimaan Guna Perbankan Internet Dalam Kalangan Kakitangan Universiti Tunku Abdul Rahman

Yong, Kun Hing (2009) Faktor Berkaitan Dengan Penerimaan Guna Perbankan Internet Dalam Kalangan Kakitangan Universiti Tunku Abdul Rahman. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
339Kb

Abstract

Sistem perbankan di Malaysia telah mengalami satu evolusi elektronik di mana jenis perkhidmatan perbankan elektronik yang paling awal ditawarkan ialah melalui perkhidmatan mesin ATM sehinggalah ke perkhidmatan perbankan yang terkini iaitu perkhidmatan perbankan Internet. Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang berkaitan dengan menerima guna perbankan Internet dalam kalangan kakitangan Universiti Tunku Abdul Rahman. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan dalam pemilihan 275 orang responden. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Analisis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif, kaedah korelasi Spearman rho, dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir separuh daripada responden melayari Internet setiap hari. Didapati bahawa lebih separuh responden pernah atau sedang menerima guna perbankan Internet. Jenis perkhidmatan perbankan Internet yang paling ramai digunakan oleh responden adalah melihat baki akaun mereka. Kebanyakan responden gemar menggunakan perkhidmatan perbankan dari tempat kerja mereka serta menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa apabila memerlukannya. Hasil analisis korelasi Spearman rho menunjukkan bahawa faktor kelebihan relatif, kesesuaian, kompleksiti, kebolehcubaan, keselamatan, kemahiran Internet dan kemudahan capaian Internet telah mempunyai hubungan yang signifikan dengan menerima guna perbankan Internet dalam kalangan responden pengguna perbankan Internet. Di samping itu, hasil analisis ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara responden lelaki dan perempuan dalam menerima guna perbankan Internet. Halangan utama bagi responden bukan pengguna perbankan Internet ialah mereka tidak yakin terhadap keselamatan perbankan Internet. Antara langkah-langkah sesuai yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai orang menerima guna perbankan Internet ialah mempertingkatkan tahap keselamatan perbankan Internet dan juga mengurangkan gangguan server. Hasil kajian ini juga merumuskan bahawa hampir kesemua responden pengguna perbankan Internet akan terus menerima guna perbankan Internet, manakala sebilangan besar responden bukan pengguna perbankan Internet akan menerima guna perbankan Internet pada masa depan

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Internet banking - Universities and colleges - Employees - Kuala Lumpur - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Madya Siti Zobidah binti Omar, PhD
Call Number:FBMK 2009 4
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:5766
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Apr 2010 09:20
Last Modified:27 May 2013 07:25

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.