Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor

Bakar, Rohaida (2008) Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
299Kb

Abstract

Kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan orientasi lokus kawalan guru kaunseling. Kajian bertujuan membandingkan kepuasan kerja mengikut orientasi lokus kawalan dan mengenalpasti hubungan antara kepuasan kerja dengan lokus kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 211 orang guru kaunseling yang berkhidmat di empat buah daerah di Selangor iaitu daerah Klang, Gombak, Hulu Langat dan Petaling. Instrumen kajian berkaitan kepuasan kerja adalah terjemahan soal selidik ‘Job Descriptive Index’ (JDI) oleh Smith, Kendall dan Hulin (1969) yang dibina berdasarkan Teori Herzberg Dua Faktor. Bagi mengukur lokus kawalan pula, instrumen yang digunakan adalah terjemahan daripada ‘Internal-External Locus of Control Scale’ yang dibina oleh Rotter (1966). Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil tinjauan mendapati guru kaunseling mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi dan cenderung berlokus kawalan dalaman. Keputusan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap kepuasan kerja bagi faktor pendorong (t(209)=-.163 p>.05) dengan faktor persekitaran (t(209)=1.29 p>.05) mengikut lokus kawalan dalaman dan luaran guru kaunseling. Keputusan ujian korelasi mendapati r(211)=.285 p<.01 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan orientasi lokus kawalan guru kaunseling. Manakala keputusan ujian anova terhadap kepuasan kerja mengikut pengalaman bertugas mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kepuasan kerja mengikut pengalaman bertugas guru kaunseling (F(4,206)=.530 p>.05). Seterusnya, keputusan ujian anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap orientasi lokus kawalan mengikut pengalaman bertugas guru kaunseling (F(4,206) = 2.108 p>.05) Kepuasan kerja guru kaunseling berada pada tahap yang tinggi membuktikan usaha memartabatkan bidang bimbingan dan kaunseling melalui seminar, bengkel, percambahan ilmu dan pertukaran idea di kalangan guru kaunseling yang dijalankan selama ini telah membuahkan hasil. Kecenderungan guru kaunseling berlokus kawalan dalaman pula membuktikan guru kaunseling mempunyai sikap yang positif dan bertanggungjawab. Bagi memastikan lokus kawalan guru kaunseling cenderung ke arah lokus kawalan dalaman, dicadangkan ujian saringan dijalankan semasa pemilihan guru kaunseling pada masa hadapan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Counselors - Job satisfaction - Serdang - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Madya Dr. Hajah Rusnani Binti Abdul Kadir
Call Number:FPP 2008 40
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:5749
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Apr 2010 09:37
Last Modified:27 May 2013 07:24

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Apr 2010 09:37.

View statistics for "Hubungan Kepuasan Kerja Dengan Lokus Kawalan Guru Kaunseling Di Sekolah Menengah Di Negeri Selangor "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.