UPM Institutional Repository

Persepsi masyarakat terhadap sastera siber


Citation

Haji Arifin, Noor Hazwany (2015) Persepsi masyarakat terhadap sastera siber. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Media siber yang berkembang pesat pada masa kini telah memberikan kesan kepada perkembangan pelbagai bidang ilmu, tidak terkecuali dalam bidang sastera. Walaupun media ini telah diterima secara umum dalam konteks pelaksanaannya,namun masih ada pertikaian kerana tanggapan dan persepsi masyarakat yang berbagai-bagai. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat dua jalur yang berbeza mengenai persepsi masyarakat terhadap sastera siber. Jalur pertama mengatakan bahawa karya sastera siber memperlihatkan mutu estetika yang tinggi dan mempunyai etika yang mengagumkan. Manakala jalur yang kedua pula mengatakan bahawa mutu dan estetika sastera siber terjejas. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sastera siber dari aspek pola penggunaan, kandungan, faktorfaktor dan mutu maklumat. Selain itu, kajian ini juga menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sastera siber dari aspek pola penggunaan, kandungan, faktor-faktor dan mutu maklumat. Dalam hal ini, kaedah yang digunakan dalam kajian ialah kaedah kuantitatif. Data diperoleh melalui kajian lapangan iaitu menerusi pemerhatian dan soal selidik terhadap responden iaitu pengguna laman web e-sastera (www.e-sastera.com). Seterusnya, data kajian ini akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS). Dalam kajian ini, jenis persampelan yang digunakan oleh pengkaji ialah persampelan secara rawak mudah iaitu responden dipilih secara rawak. Ciri-ciri yang dimiliki responden dipilih mestilah memenuhi matlamat kajian iaitu mereka yang pernah melayari dan mengetahui mengenai laman web e-sastera. Pemilihan responden adalah seramai 100 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat antaranya ahli akademik, ahli profesional, pelajar, orang awam dan komuniti esastera sendiri. Kajian yang dilakukan berfokuskan kepada e-sastera iaitu laman web khusus tentang sastera Melayu yang telah diasaskan oleh Profesor Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas seorang pensyarah bidang kejuruteraan di Universiti Malaya. Bagi memperkukuhkan lagi kajian, teori resepsi digunakan bersesuaian dengan tanggapan dan reaksi masyarakat terhadap karya sastera siber. Berdasarkan keseluruhan hasil kajian, didapati bahawa responden memberikan jawapan positif yang menunjukkan bahawa sastera siber mempunyai estetika dan nilai mutu yang boleh diyakini.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 24RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay literature
Subject: Technology in literature
Subject: History and criticism
Call Number: FBMK 2015 24
Chairman Supervisor: Profesor Madya Arba’ie Sujud, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 13 Oct 2017 08:57
Last Modified: 13 Oct 2017 08:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57446
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item