UPM Institutional Repository

Tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar sains pertanian sekolah menengah


Citation

Ibrahim, Mohd Zailani and Hamzah, Ramlah and Nazri, Mohd Ibrahim (2014) Tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar sains pertanian sekolah menengah. Sains Humanika, 2 (4). pp. 133-138. ISSN 2289-6996

Abstract

Kajian lepas menunjukkan pelajar pertanian di sekolah berminat untuk menceburkan diri dalam bidang usahawan tani, namun realitinya bilangan mereka yang betul-betul menceburi bidang usahawan tani adalah sangat sedikit tidak seperti yang diharapkan. Literatur menunjukkan tekad keusahawanan mempunyai impak yang penting dalam mempengaruhi keputusan seseorang itu untuk menjadi usahawan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar pertanian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Responden kajian terdiri daripada 50 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah menengah di negeri Selangor. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian lepas. Data dianalisis menggunakan SPSS. Statistik yang digunakan ialah korelasi dan t-test. Dapatan kajian menunjukkan tekad keusahawanan tani pelajar adalah pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara tekad keusahawanan tani dengan efikasi keusahawanan dan ciri-ciri keusahawanan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan tekad keusahawan tani antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian mencadangkan supaya diperbanyakkan aktiviti keusahawanan tani di kalangan pelajar untuk meningkatkan tekad keusahawanan tani.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Tekad keusahawanan tani dalam kalangan pelajar sains pertanian sekolah menengah.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Penerbit UTM Press
Notes: Special Issue on Education
Keywords: Perseverance in agricultural entrepreneurship; Entrepreneurship efficacy; Charactristics of entrepreneurship; Agricultural science; Secondary schools
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:30
Last Modified: 07 May 2018 03:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57083
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item