Keyword Search:


Bookmark and Share

Perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi abad ke-20 hingga kini

Alias, Norhafiza and Abdul Aziz, Adi Yasran and Wan Sulong, Wan Muhammad (2016) Perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi abad ke-20 hingga kini. Pertanika MAHAWANGSA, 3 (1). pp. 47-62. ISSN 2289-7259

[img] PDF (Abstrak)
48Kb

Official URL: http://www.fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20170620...

Abstract

Sistem ejaan Jawi Tradisi ialah sistem ejaan lama yang tidak boleh diklasifikasikan sebagai ejaan Lazim atau ejaan Mengikut Hukum. Sistem ejaan ini berasaskan penggunaan baris, walaupun tanda baris tidak diletakkan. Penguasaan sistem ejaan Jawi Tradisi sangat penting kerana sistem ejaan tersebut banyak terdapat dalam manuskrip Melayu klasik. Kajian tentang sistem ejaan Jawi bukanlah sesuatu yang baharu, namun kajian sebelum ini tidak menyentuh tentang perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi pada abad ke-20 hingga kini. Oleh itu, bagi menampung lompang tersebut, kajian ini akan menjelaskan sistem ejaan Jawi Tradisi dalam naskhah Surat-surat Sultan Zainal Abidin III (SSZA III) yang ditulis pada awal abad ke-20 dan perbandingannya dengan Kamus-Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson (Kamus Wilkinson) serta perkembangannya berdasarkan Daftar Ejaan Rumi-Jawi Za’ba (Ejaan Jawi Za’ba) dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (DKBM) Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Wilkinson mewakili ejaan Jawi awal abad ke-20, Ejaan Jawi Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan DKBM mewakili ejaan Jawi akhir abad ke-20 dan kini. Kajian ini menggunakan kaedah analisis perbandingan. Ejaan Jawi dalam SSZA III telah dijadikan sebagai asas perbandingan kerana surat-surat ini merupakan satu-satunya naskhah asli bertulisan tangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkataan-perkataan yang menggunakan ejaan Jawi Tradisi dalam SSZA III kebanyakannya masih dikekalkan sehingga sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa ejaan Jawi Tradisi merupakan sistem ejaan yang telah mantap penggunaannya dan tidak perlu diubah lagi.

Item Type:Article
Keyword:Jawi script; Manuscript; Malay language; Sultan Zainal Abidin III letters
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:56285
Deposited By: Nabilah Mustapa
Deposited On:31 Jul 2017 12:44
Last Modified:31 Jul 2017 12:44

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 31 Jul 2017 12:44.

View statistics for "Perkembangan sistem ejaan Jawi Tradisi abad ke-20 hingga kini"