Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia

Ong, Swee Ling (2008) Anteseden bagi Konflik Interpersonal antara Guru-guru Dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang, Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
557Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji anteseden bagi konflik interpersonal yang dialami oleh guru-guru sekolah dengan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan Lembah Klang dengan menggunakan Model Proses Konflik. Berdasarkan sorotan literatur, kajian ini telah memfokus kepada faktor komunikasi, struktur dan faktor peribadi sebagai anteseden bagi konflik interpersonal. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data. Sejumlah 156 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data yang dikumpulkan daripada guru-guru digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Ujian analisis data eksploratori, statistik deskriptif (min, kekerapan, peratus) dan statistik inferensi (pekali korelasi hasil darab momen Pearson, analisis regresi berganda) digunakan untuk menganalisasi data. Hasil kajian ini menunjukkan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Lembah Klang mengalami tahap konflik interpersonal sederhana dengan pengetua dalam kerja harian mereka. Tahap konflik interpersonal ini masih dalam tahap yang boleh diterima. Selain itu, tahap ini membolehkan para guru dan pengetua bekerjasama dalam usaha untuk menyempurnakan tugas atau mencapai misi dan visi sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan konflik interpersonal berlaku dalam interaksi antara guru-guru dengan pengetua. Berdasarkan analisis korelasi, pembolehubah kepuasan komunikasi, gaya komunikasi interpersonal yang berkesan, kebergantungan tugas, dan kuasa pengetua yang bersesuaian mempunyai perkaitan yang signifikan dan negatif dengan konflik interpersonal. Pembolehubah afektiviti negatif dan personaliti tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan konflik interpersonal. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa hanya sebahagian daripada model telah disokong oleh data kajian. Hasil ini membuktikan bahawa kepuasan komunikasi, kebergantungan tugas dan kuasa pengetua yang bersesuaian merupakan tiga peramal yang telah berjaya menyumbang sebanyak 64.6 peratus kepada varians bagi tahap konflik interpersonal. Ini bermakna dengan meningkatkan kepuasan komunikasi interpersonal, kebergantungan tugas dan kuasa pengetua yang bersesuaian, tahap konflik interpersonal boleh dikurangkan. Berasaskan keputusan kajian, adalah dicadangkan supaya para pendidik seharusnya lebih menitikberatkan peramal-peramal signifikan yang dihasilkan daripada kajian ini. Model Proses Konflik boleh digunakan oleh penyelidik akan datang untuk membantu mereka mengenal pasti anteseden bagi konflik interpersonal.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Teacher-principal relationships - Klang.
Subject:Interpersonal conflict - Klang.
Chairman Supervisor:Professor Aminah Ahmad, PhD
Call Number:FPP 2008 17
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:5554
Deposited By: Rosmieza Mat Jusoh
Deposited On:12 Apr 2010 08:12
Last Modified:27 May 2013 07:23

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.