UPM Institutional Repository

Daya tahan belia: pengaruh hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan


Citation

Kamaruddin, Siti Hajar and Manap, Jamiah and Abdullah, Haslinda and Suandi, Turiman (2016) Daya tahan belia: pengaruh hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan. Journal of Social Science and Humanities, Spec. 2. pp. 160-172. ISSN 1823-884X

Abstract

Kehadiran elemen pelindung dalam proses perkembangan diri belia menyumbang kepada pembangunan belia yang positif. Salah satu elemen pelindung yang menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia dan sering dibincangkan dalam kebanyakan kajian lepas ialah hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam elemen pelindung luaran iaitu hubungan perapatan dalam insitusi kekeluargaan yang menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia dalam kalangan usahawan lepasan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Kuala Lumpur. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif generik berpandukan kajian fenomenologi dengan menggunakan kaedah pengumpulan data temu bual secara mendalam (in-depth) dan separa berstruktur (semi structured), kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan kepada kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati bahawa hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan yang melibatkan aspek sokongan daripada ibu bapa, adik-beradik, keluarga besar (extended family) dan pasangan menyumbang kepada pembinaan daya tahan para informan. Pembinaan daya tahan ini membolehkan para informan berupaya membangun dengan positif dan mengubah status sosioekonomi melalui perniagaan dalam bidang kemahiran. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi cetusan idea dan inspirasi kepada semua pihak dalam membentuk golongan belia yang berdaya tahan bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Daya tahan belia pengaruh hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan.pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Youth development; Protective element; Durability; Connection relationship; Family institution
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 02 Oct 2017 08:32
Last Modified: 02 Oct 2017 10:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/55421
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item