Prediktor Tingkah Laku Keibubapaan Ibu Dan Kesejahteraan Anak Dari Keluarga Melayu Bercerai

Mohamad Amin, Zarina (2009) Prediktor Tingkah Laku Keibubapaan Ibu Dan Kesejahteraan Anak Dari Keluarga Melayu Bercerai. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
487Kb

Abstract

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) menyatakan bahawa pembentukan institusi keluarga yang sejahtera adalah penting bagi menjana modal insan berdaya saing. Pergolakan dalam institusi keluarga mengakibatkan ikatan perkahwinan berakhir dengan perceraian. Di Malaysia, bilangan keluarga bercerai yang diketuai oleh ibu adalah semakin meningkat dan kajian mendapati keluarga ibu bercerai menghadapi pelbagai kesulitan hidup berbanding keluarga lengkap, disamping memberi kesan terhadap kesejahteraan anak Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk menentukan prediktor bagi tingkah laku keibubapaan ibu dan kesejahteraan anak dari keluarga Melayu bercerai. Sampel utama (N=413) kajian merupakan ibu yang telah bercerai dan salah seorang anak mereka yang masih bersekolah (rendah atau menengah) sebagai subsampel kajian (anak fokus; n=100). Data telah dikumpulkan secara temu bual bersemuka menggunakan borang soal selidik. Tingkah laku keibubapaan ibu telah diukur menggunakan „Parental Bonding Instrument’ (Parker, Tupling & Brown, 1979). Kesejahteraan anak pula diukur berdasarkan tiga aspek iaitu tekanan perasaan [Center for Epidemological Studies- Depression Scale (Radloff, 1977)], penghargaan kendiri „Rosenberg Self-Esteem Scale’ Rosenberg, 1979) dan pencapaian akademik. Kesemua instrumen yang digunakan telah diadaptasi mengikut kesesuaian budaya tempatan. Penemuan hasil kajian menunjukkan tingkah laku keibubapaan ibu Melayu bercerai yang tinggi mempengaruhi faktor kemurungan dan penghargaan kendiri anak. Responden ibu Melayu bercerai juga menunjukkan persepsi penghargaan kendiri ibu yang baik dan keprihatinan yang tinggi mempengaruhi kesejahteraan anak. Kesejahteraan anak (tekanan perasaan, penghargaan kendiri dan pencapaian akademik) yang dikaji pula adalah pada tahap yang sederhana dan ianya dipengaruhi oleh faktor tingkah laku sosial anak yang positif. Penghargaan kendiri ibu Melayu bercerai yang dikaji merupakan faktor penyumbang utama dan mempengaruhi tingkah laku keibubapaan ibu. Manakala tingkah laku sosial anak pula adalah faktor yang mempengaruhi kesejahteraan anak dari keluarga Melayu bercerai. Situasi ini menggambarkan bahawa persepsi penghargaan kendiri ibu dan tingkah laku sosial anak fokus yang dipamerkan memberi kesan positif terhadap kualiti kesejahteraan keluarga Melayu bercerai. Kesimpulannya, kajian ini memberi sumbangan baru terhadap bidang ekologi keluarga Melayu bercerai dan kualiti kesejahteraan hidup individu ibu dan anak. Faktor penentu tingkah laku keibubapaan ibu dan kualiti kesejahteraan anak yang stabil mendorong kepada sistem ekologi keluarga (jaringan sokongan, sumber ekonomi dan kefungsian keluarga) Melayu bercerai berfungsi dengan lebih baik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Behaviorism (Psychology) - Children of divorced parents - Malays (Asian people) - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Rozumah Baharudin, PhD
Call Number:FEM 2009 2
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:5527
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:12 Apr 2010 04:55
Last Modified:27 May 2013 07:23

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 12 Apr 2010 04:55.

View statistics for "Prediktor Tingkah Laku Keibubapaan Ibu Dan Kesejahteraan Anak Dari Keluarga Melayu Bercerai "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.