UPM Institutional Repository

Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun


Citation

Dani, Noor Aina and Kining, Syeril Patrisia (2016) Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun. International Journal of the Malay World and Civilisation, 4 (2). pp. 45-56. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Peranan dialek Melayu Sabah sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan generasi muda etnik Kadazandusun telah mengubah fungsi bahasa ibunda sebagai bahasa utama. Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti impak dialek Melayu Sabah dalam komunikasi seharian oleh sampel kajian dengan mengambil kira kata bahasa Melayu yang telah diserap kekal ke dalam kosa kata Kadazandusun, di samping faktor yang mempengaruhi perubahan penggunaan bahasa. Sejumlah 300 pelajar daripada empat universiti awam di Malaysia dipilih menjadi sampel kajian. Data kajian diperoleh daripada tinjauan yang menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa dialek Melayu Sabah lebih kerap digunakan oleh generasi muda etnik Kadazandusun dalam komunikasi seharian berbanding dengan bahasa ibunda. Walau bagaimanapun, sikap mereka terhadap dialek tersebut adalah sederhana tinggi. Penyelidik mendapati bahawa perkataan bahasa Melayu yang telah diserap ke dalam bahasa ibunda oleh sampel merangkumi peralatan, perasaan, dan objek baharu yang tiada dalam kosa kata Kadazandusun. Selain itu, faktor perubahan penggunaan bahasa dalam kalangan sampel yang paling dominan merupakan keperluan penggunaan bahasa mengikut peredaran masa.


Download File

[img]
Preview
Text
Impak dialek Melayu Sabah ke atas bahasa ibunda generasi muda etnik Kadazandusun.pdf

Download (5kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Sabah Malay dialect; Mother tongue; Younger generation; Kadazandusun ethnic; Theory of language change
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/IMAN-2016-0402-05
Publisher: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 22 Mar 2018 07:55
Last Modified: 22 Mar 2018 07:55
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/IMAN-2016-0402-05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54511
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item