UPM Institutional Repository

Perbandingan definisi sastera Islami menurut pandangan sarjana dunia Arab dan alam Melayu


Citation

Muhammad Nawawi, Mohd Adi Amzar and Mohamed, Zulkarnain and Toklubok @ Hajimaming, Pabiyah (2016) Perbandingan definisi sastera Islami menurut pandangan sarjana dunia Arab dan alam Melayu. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 3 (1). pp. 9-22. ISSN 2289-9944

Abstract

Kepelbagaian dan kerencaman idea mahupun pendapat terhadap sesuatu isu dan perkara merupakan sesuatu yang menarik apatah lagi melibatkan dua kebudayaan yang berbeza. Hal yang sama juga tidak terkecuali melibatkan sastera Islami dalam menghadapi fenomena ini rentetan daripada perkembangan pesat idea ini yang pada awalnya dicetuskan oleh sarjana terkenal dunia Arab iaitu Abu Hasan cAli al-Nadwiyy sehingga memberi kesan kepada kebudayaan luar antaranya alam Melayu. Bermula dengan detik itu telah menyaksikan percambahan para pengkaji dan cendekiawan khususnya dari dunia Arab dan alam Melayu yang berkecimpung dalam lapangan sastera Islami sehingga memberikan sumbangan yang cukup signifikan ke arah pembinaan asas-asas penting termasuklah berkaitan dengan pendefinisian. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini ingin melakukan perbandingan terhadap pendefinisian sastera Islami antara sarjana dunia Arab dan alam Melayu. Reka bentuk kajian ini secara asasnya ialah analisis kandungan serta menggunakan metode analisis dokumen dan perbandingan sebagai wahana untuk menganalisis pandangan sarjana dunia Arab dan Melayu berkaitan dengan definisi sastera Islami. Hasil akhir kajian ini telah memperlihatkan bahawa kebanyakan pandangan yang dilontarkan oleh sarjana dunia Arab amat mementingkan aspek struktural dalam pembinaan definisi mereka berbanding sarjana alam Melayu yang lebih menggambarkan secara umum dan tersirat. Walaupun demikian, matlamat akhir yang diletakkan oleh para sarjana dari kedua-dua kebudayaan yang berbeza ini tetap menuju kepada arah yang sama iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT.


Download File

[img]
Preview
PDF
Perbandingan definisi sastera Islami menurut pandangan sarjana dunia Arab .pdf

Download (7kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Usuli Faqih Research Centre PLT
Keywords: Islamic literature; Comparative; Arab world; Malay world
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 06 Nov 2017 04:45
Last Modified: 21 Sep 2018 00:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53519
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item