UPM Institutional Repository

Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu


Citation

Jamian, Abdul Rasid and Razali, Nurul Nadiah and Othman, Shamsudin (2016) Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (1). pp. 39-45. ISSN 2180-0782

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang peningkatan penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur dalam kalangan guru Bahasa Melayu di kawasan Putrajaya. Kajian ini untuk mengenal pasti strategi dan teknik yang digunakan dan mengenal pasti elemen lakonan yang digunakan dalam pengajaran penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur. Sebanyak 80 orang sampel yang terdiri daripada guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah menengah di kawasan Putrajaya telah dipilih untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik tersebut mengandungi demografi responden, strategi dan teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan melalui teknik didik hibur, elemen lakonan yang digunakan dalam teknik didik hibur dan permasalahan yang dihadapi dalam pengajaran penulisan karangan menggunakan teknik didik hibur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi dan teknik pengajaran penulisan karangan yang digunakan melalui teknik didik hibur secara keseluruhannya min 3.16 (S.P = 0.68). Dari segi elemen lakonan dalam teknik didik hibur yang digunakan secara keseluruhannya memperoleh min 3.69 (S.P = 0.55). Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa teknik didik hibur yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat meningkatkan penulisan karangan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pengaplikasian teknik didik hibur meningkatkan pencapaian penulisan karangan bahasa Melayu .pdf

Download (6kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14039

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Fun learning technique; Essay writing; Malay Language learning
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 03 Nov 2017 07:24
Last Modified: 03 Nov 2017 07:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53501
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item