UPM Institutional Repository

Faktor peramal hasrat perlakuan terhadap internet dalam kalangan murid sekolah menengah di Kelantan


Citation

Ismail, Nurul Hafiza (2014) Faktor peramal hasrat perlakuan terhadap internet dalam kalangan murid sekolah menengah di Kelantan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor peramal yang menyumbang kepada hasrat perlakuan terhadap Internet dalam kalangan murid tingkatan 4 di negeri Kelantan. Faktor peramal yang dikaji adalah efikasi swadiri Internet, sikap terhadap Internet, persepsi kemudahgunaan Internet dan persepsi kebergunaan Internet terhadap hasrat perlakuan Internet. Seramai 262 orang responden daripada 17 buah sekolah dipilih secara rawak di 10 buah daerah di Kelantan. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik dan di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20. Analisis deskriptif dilakukan untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai pembolehubah. Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara sikap terhadap Internet, efikasi swadiri Internet, persepsi kemudahgunaan Internet, persepsi kebergunaan Internet dengan hasrat perlakuan terhadap Internet. Selain itu analisis regresi linear pelbagai digunakan untuk mengenalpasti faktor peramal iaitu empat pembolehubah tidak bersandar yang menyumbang kepada hasrat perlakuan untuk menggunakan Internet. Dapatan kajian menunjukkan persepsi kebergunaan Internet adalah faktor peramal yang lebih baik kepada hasrat perlakuan murid untuk menggunakan Internet berbanding efikasi swadiri Internet, persepsi kemudah gunaan Internet dan sikap terhadap Internet.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 50RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Internet (Computer network) in education - Kelantan
Subject: Information technology - Study and teaching
Subject: Internet (Computer network) - Study and teaching
Call Number: FPP 2014 50
Chairman Supervisor: Profesor Madya Ahmad Fauzi Mohd Ayub, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 21 Jun 2017 07:24
Last Modified: 21 Jun 2017 07:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52170
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item