UPM Institutional Repository

Pembangunan dan pengesahan instrumen kompetensi rekaan fesyen pakaian


Citation

Kamis, Arasinah (2014) Pembangunan dan pengesahan instrumen kompetensi rekaan fesyen pakaian. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangun serta mengesahkan instrumen dan model Kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (KReFP). Kajian ini mengandungi fasa mereka bentuk, pembinaan dan pengesahan. Fasa mereka bentuk menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi analisis dokumen, temu bual individu bersama tujuh orang pakar industri dalam bidang fesyen pakaian dan temu bual kumpulan berfokus bersama 16 orang tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran (ILK) yang mengajar dalam bidang fesyen pakaian. Fasa pembinaan pula melibatkan proses membina item-item KReFP berdasarkan kepada jadual spesifikasi instrumen (JSI). Empat orang pakar dirujuk bagi tujuan pengesahan kandungan untuk setiap item. Persetujuan di antara mereka menyokong kesahan kandungan instrumen. Kesahan muka diperoleh apabila responden mendapati bahawa instrumen mengukur kompetensi pengetahuan dan kemahiran. Fasa pengesahan pula melalui kajian rintis yang telah dijalankan sebanyak dua kali ke atas 210 orang tenaga pengajar di ILK dengan menggunakan instrumen KReFP yang mengandungi 143 item pengetahuan dan 97 item kemahiran. Dapatan kajian rintis mendapati sebanyak 58 item pengetahuan dan 25 item kemahiran telah diasingkan. Fasa pengesahan terakhir melibatkan seramai 330 orang tenaga pengajar di ILK yang dipilih secara rawak mudah. Instrumen KReFP yang digunakan mengandungi 157 item yang terbahagi kepada dua set pentaksiran iaitu 85 item pengetahuan dan 72 item kemahiran. Konstruk pengetahuan diukur dari aspek rekaan, pembinaan pakaian, pemilihan pakaian, penjagaan pakaian dan penilaian tekstil. Konstruk kemahiran pula diukur dari aspek mereka bentuk, melakar pola, menjahit, komputer,kreatif dan perdagangan. Perisian SPSS versi 21.0, Winsteps versi 3.72.3 dan AMOS versi 20 digunakan bagi menganalisis data. Dapatan daripada analisis menggunakan kaedah model pengukuran Rasch menunjukkan kebolehpercayaan responden dan item bagi konstruk pengetahuan adalah 0.84/0.99 dan konstruk kemahiran adalah 0.98/0.99. Hasil pemeriksaan item menunjukkan daripada 157 item, 110 item (54 item pengetahuan dan 56 item kemahiran) dikesan berfungsi dengan baik. Terdapat 31 item pengetahuan dan 16 item kemahiran dikesan misfit. Dapatan kajian juga menunjukkan instrumen KReFP memenuhi indeks unidimensi. Kajian perbandingan menunjukkan ukuran kebolehan responden untuk menjawab item pengetahuan adalah lebih rendah berbanding dengan ukuran kesukaran item, manakala ukuran kebolehan responden untuk menjawab item kemahiran adalah lebih tinggi berbanding ukuran kesukaran item. Analisis model pengukuran dalam analisis faktor konfirmatori (CFA) telah digunakan untuk bagi tujuan pengesahan model. Pemeriksaan model pengukuran dalam CFA telah menunjukkan bahawa instrumen kompetensi ReFP mempunyai kesahan konvergen dan kesahan diskriminan yang baik, boleh diterima dan fit dengan model. Secara keseluruhan, berdasarkan keputusan daripada kesemua ujian, instrumen ini telah dibuktikan sebagai instrumen yang baik. Pengkaji berkeyakinan bahawa instrumen KReFP telah melepasi piawaian psikometrik dan boleh digunakan di ILK dengan mengekalkan 53 item pengetahuan dan 34 item kemahiran.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2014 27RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Fashion design - Case studies
Subject: New Products - management
Call Number: FPP 2014 27
Chairman Supervisor: Profesor Ab. Rahim Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 11 May 2017 05:17
Last Modified: 11 May 2017 05:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52081
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item