UPM Institutional Repository

Perbezaan tahap kesetaraan umur visual motor integrasi kanak-kanak tadika


Citation

Samsudin, Shamsulariffin and Abdullah, Borhannudin and Mat, Siti Hajar (2015) Perbezaan tahap kesetaraan umur visual motor integrasi kanak-kanak tadika. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-8. ISSN 2462-2079

Abstract

(Tujuan) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perbezaan kesetaraan umur visual motor integrastion (VMI) dalam kalangan kanak-kanak Tadika Kemas yang berumur 4 hingga 6 tahun. (Kaedah) Kajian berbentuk tinjauan ini melibatkan seramai 90 orang peserta (L=45, P=45). Ujian visual motor integrastion menggunakan instrumen Beery VMI edisi ke 5 (2006) telah dijalankan untuk mengukur tahap motor integrase kanak-kanak tadika dalam bentuk visual motor. Skor yang diperoleh daripada peserta telah dianalisis untuk mendapatkan skor mentah dan skor kesetaraan umur. Skor-skor ini telah dianalisa menggunakan statistik ANOVA untuk membandingkan min kesetaraan umur VMI peserta berdasarkan kumpulan umur. (Dapatan) Terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor keseteraan umur visual motor integrasi dengan kumpulan umur [F (2,87) = 6.0, p<.01]. Analisis Post Hoc menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi min skor kesetaraan umur VMI antara kanak-kanak empat tahun dengan enam tahun (p= .01). Perbandingan antara kumpulan kanak-kanak lima tahun dengan enam tahun juga menunjukkan perbezaan yang signifikan (p= .01). Manakala perbandingan antara peserta empat tahun dengan lima tahun adalah tidak signifikan (p>.05). (Perbincangan) Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perkembangan motor integrasi dalam kalangan kanak-kanak Tadika Kemas.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Perbezaan tahap kesetaraan umur visual motor integrasi kanak-kanak tadika.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Age equivalent; Visual motor integration; Fine motor skills
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:07
Last Modified: 31 Mar 2017 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50973
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item