Simple Search:

Pembangunan kepimpinan belia melalui praktis pementoran: bagaimana dan potensi sumbangannya


Citation

Arshad, Mohd Mursyid and Ismail, Ismi Arif and Suandi, Turiman and Omar, Zoharah (2013) Pembangunan kepimpinan belia melalui praktis pementoran: bagaimana dan potensi sumbangannya. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 645-652).

Abstract / Synopsis

Peranan dan sumbangan golongan belia amat diperlukan terutamanya dari aspek kepimpinan dalam meneruskan agenda pembangunan negara. Kewujudan kepimpinan baharu golongan belia akan membentuk satu kumpulan pelapis yang mampu mencorakkan landskap sosio ekonomi dan politik negara. Penglibatan bakat kepimpinan belia baharu perlu digilap melalui latihan profesional dan pendedahan yang meluas serta turut menekankan pendekatan pementoran untuk meningkatkan potensi kepimpinan dalam kalangan belia. Kertas konsep ini membincangkan fokus satu kajian terhadap peserta program pembangunan kepimpinan di peringkat nasional dan menjawab beberapa persoalan berkaitan iaitu; 1) Apakah yang mereka pelajari dari mentor?; 2) Bagaimanakah mereka belajar dari mentor?; 3) Bagaimanakah pementoran berlaku? 4) Apakah yang mereka lakukan selepas memperoleh pengetahuan dari mentor?; dan 5) Apakah model pementoran yang paling sesuai untuk pembangunan kepimpinan belia? Penerokaan empirikal ini menghuraikan proses pendekatan pementoran dalam konteks pembangunan kepimpinan dan mencadangkan strategi pendayaupayaan belia yang lebih efektif dan sistematik.


Download File

[img] PDF
Greduc095 Mohd Mursyid Arshad.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (455kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Youth development; Youth leadership; Mentoring
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 18:02
Last Modified: 31 Mar 2017 18:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50940
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item