Keyword Search:


Bookmark and Share

Kepimpinan pengajaran pengetua dan kepimpinan guru

Abu Bakar, Norashikin and Basri, Ramli and Abas, Nurnazahiah (2013) Kepimpinan pengajaran pengetua dan kepimpinan guru. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. pp. 419-430.

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

384Kb

Official URL: http://www.greduc2013.upm.edu.my/PDF%20Files/Gredu...

Abstract

Cabaran untuk membangunkan sekolah secara berterusan telah memfokuskan kepimpinan pada setiap peringkat dalam sistem pendidikan. Di peringkat sekolah, kepimpinan selalunya diberi perhatian kepada pengetua sekolah manakala di peringkat daerah pula kepimpinan ditumpukan kepada PPD. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi dimensi kepimpinan di sekolah yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah, iaitu kepimpinan guru. Perlu ditegaskan bahawa keberkesanan kepimpinan mesti ada pada semua peringkat termasuklah di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, selain daripada kepimpinan pengetua, kepimpinan guru juga telah menjadi topik perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme mengajar dan reformasi sekolah. Justeru, kertas konsep ini membincangkan kepimpinan pengajaran pengetua dan kepimpinan guru dari aspek konsep dan model yang memberikan penekanan terhadap tingkah laku guru dan aktiviti-aktiviti yang secara langsung memberi kesan kepada kepimpinan guru di sekolah. Sebagai pemimpin pengajaran yang baik dan berpengalaman, pengetua seharusnya dapat mempengaruhi dan meningkatkan komitmen guru sebagai pemimpin dan pengurus pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah yang dapat menyumbang terhadap usaha-usaha penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Lantas, peranan kepimpinan pengajaran pengetua dilihat sangat penting terutama dalam memberi sokongan dan bimbingan bagi mengembangkan kepimpinan guru di sekolah.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword:School principal; Teacher leadership; Instructional leadership
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
Publisher:Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
ID Code:50868
Deposited By: Nabilah Mustapa
Deposited On:31 Mar 2017 17:55
Last Modified:31 Mar 2017 17:55

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 31 Mar 2017 17:55.

View statistics for "Kepimpinan pengajaran pengetua dan kepimpinan guru"