Simple Search:

Pendekatan Komunikatif dalam Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kelas Maya


Citation

Ajam, Promadi (2006) Pendekatan Komunikatif dalam Pembelajaran Bahasa Arab Melalui Kelas Maya. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Pendekatan Komunikatif (PK) dan Pengajaran Bahasa Berbantuan Komputer (PBBK) adalah dua konsep yang popular dalam pembelajaran bahasa. Penggabungjalinan kedua-dua konsep ini boleh melahirkan satu pendekatan untuk membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran komunikasi dengan memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Satu Program Perisian Interaktif ARABCom1.com telah dibina khusus untuk keperluan kajian ini berdasarkan konsep Virtual Communicative Language Teaching (VCLT) yang merupakan perpaduan kedua konsep di atas. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Program Perisian ARABCom1.com dalam membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran komunikasi bertulis. Tujuan kajian ini juga untuk mengenali keutamaan program ARABCom1.com dalam membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi. Ke atas program ini dibuatkan sebuah eksperimen dengan menggunakan rekabentuk The One-Group Pretest-Posttest Design. Seramai 40 orang pelajar semester pertama di Jurusan Pendidikan Bahasa Arab Fakultas Tarbiyah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA RIAU) Indonesia dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen yang digunakan adalah soal Ujian-Pra/Ujian-Pasca, Diari dan Soal Selidik. Data dianalisis menggunakan teknik statistik ujian-T untuk melihat keertian perbezaan purata skor Ujian-Pasca dan Ujian-Pra. Di samping itu digunakan pula peratus untuk melihat tingkat peningkatan kemahiran komunikasi dan keutamaan program. Skala Likert serta data dalam Diari digunakan pula untuk mengetahui tingkat keberkesanan program menurut pandangan pelajar. Kajian mendapati bahawa Program ARABCom1.com berkesan dalam mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar di Jurusan Pendidikan Bahasa Arab UIN SUSKA RIAU Indonesia. Hasil ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan signifikan. Kajian mendapati pula bahawa pelajar menilai Program ARABCom1.com sangat berkesan dalam membantu mereka mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi secara bertulis dalam bahasa Arab. Kajian ini mendapati pula bahawa, menurut pandangan pelajar, keutamaan program ARABCom1.com dalam membantu mereka mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi ialah wujudnya aktiviti-aktiviti interaksi komunikatif yang dilakukan selama proses pembelajaran secara maya, terutama berinteraksi dengan penutur asli melalui chatting dan e-mail. Implikasi praktikal untuk pengembangan pengajaran Bahasa Arab di Indonesia ialah aktiviti-aktiviti interaksi komunikatif yang selama ini hanya dipelajari dalam kelas konvensional, boleh dijalankan secara on-line melalui Internet dalam kelas maya. Diharapkan kajian ini menambah literatur dalam Linguistik Terapan khususnya penerapan Computer-Assissted Language Learning (CALL) dalam pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan komunikasi. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi membuat program pembelajaran bahasa moden lain yang berteraskan penggunaan TMK terutama untuk tujuan komunikasi dalam kelas maya.


Download File

[img]
Preview
PDF
600364_fbmk_2006_16_abstrak_je__dh_pdf_.pdf

Download (149kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Arabic language - Study and teaching
Call Number: FBMK 2006 16
Chairman Supervisor: Associate Professor Mardziah Hayati Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Yusfauhannum Mohd Yunus
Date Deposited: 14 Oct 2008 23:32
Last Modified: 27 May 2013 14:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/505
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item