Keyword Search:


Bookmark and Share

Adat istiadat dalam Surat Undang-Undang

Abu Bakar, Roslina (2015) Adat istiadat dalam Surat Undang-Undang. Pertanika MAHAWANGSA, 2 (2). pp. 211-231. ISSN 2289-7259

[img] PDF (Abstrak)
35Kb

Official URL: http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm

Abstract

Objek penelitian ini bersandar kepada adat istiadat dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada golongan pemerintah (raja), para pembesar, dan rakyat dalam Surat Undang-Undang (Cod. Or. 3376). Hal-hal yang akan diteliti meliputi interaksi sosial masyarakat Melayu yang mengamalkan adat istiadat yang merupakan teras kepada keperibadian dan etos Melayu. Manuskrip merupakan sumber yang utama dan penting bagi kegunaan penyelidikan bahasa, sejarah, agama, peradaban, kebudayaan dan sistem politik masyarakat yang menghasilkannya. Penulisan ini merujuk kepada Surat Undang-Undang yang merupakan antara manuskrip Melayu yang tersimpan di Koleksi Istimewa, perpustakaan Universiti Leiden. Ia adalah antara manuskrip Melayu yang sarat dengan adat-istiadat yang perlu dipatuhi dan diamalkan oleh antara golongan masyarakat tradisional yang terdiri daripada golongan pemerintah, pembesar dan rakyat. Hal demikian mendorong pengkaji untuk melakukan penelitian terhadap Surat Undang-Undang untuk memperlihatkan interaksi antara golongan atasan dan bawahan. Menerusi Surat Undang-Undang, golongan atasan merupakan institusi tertinggi yang menjadi pusat perhatian, perancang dan menentukan adat istiadat dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh segenap golongan masyarakat. Manakala golongan bawahan ialah golongan menurut perintah. Namun demikian, interaksi antara golongan atasan dan bawahan itu wujud dalam keadaan saling harga-menghargai, hormat-menghormati dan toleransi antara satu sama lain. Kajian ini mengaplikasikan kaedah analisis kandungan menerusi pemerian budaya masyarakat Melayu tradisional yang saling berhubungan antara setiap golongan. Objektif kajian ini pertamanya mengenalpasti adat-istiadat yang terkandung dalam Surat Undang-Undang yang dilaksanakan oleh golongan raja, pembesar dan rakyat. Keduanya, menganalisis adat budaya Melayu sebagai teras keperibadian dan etos Melayu berlandaskan konsep interaksi sosial. Dapatan kajian ini berupaya menggambarkan kaedah masyarakat Melayu tradisional berinteraksi dan membangun toleransi antara satu sama lain. Interaksi sosial menerusi Surat Undang-Undang sebagai gambaran harmonisasi hubungan antara golongan pemerintah, pembesar dan rakyat sebagai upaya menjaga integrasi bangsa.

Item Type:Article
Keyword:Culture; Customs; Malay; Social interaction
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:50410
Deposited By: Nabilah Mustapa
Deposited On:28 Feb 2017 15:28
Last Modified:28 Feb 2017 15:28

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Feb 2017 15:28.

View statistics for "Adat istiadat dalam Surat Undang-Undang"