Keyword Search:


Bookmark and Share

Bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa: kepentingan melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

Abd Rahman, Fadzilah and Mohd Kiram, Norazlina (2015) Bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa: kepentingan melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu. Pertanika MAHAWANGSA, 2 (1). pp. 15-28. ISSN 2289-7259

[img] PDF (Abstrak)
35Kb

Official URL: http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm

Abstract

Kajian mendapati bahawa sehingga kini belum ada instrumen yang dapat menguji kecekapan bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini membicarakan instrumen Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) dan kepentingan untuk melaksanakan ujian tersebut di Malaysia. Instrumen UKBMini telah dibangunkan pada 2012 oleh sekumpulan penyelidik UPM dengan kerjasama organisasi lain dan dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Secara asasnya, UKBM dibangunkan dengan tujuan untuk menganalisis sejauh manakah rakyat Malaysia cekap menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Aspek pengujian UKBM terbahagi kepada empat aspek kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keempat-empat aspek ini penting untuk dinilai dalam pengujian bahasa Melayu kerana ia saling berkait antara satu sama lain. Melalui UKBM yang menyeluruh dan sistematik, diharapkan bangsa Malaysia akan lebih berusaha untuk menguasai bahasa Melayu. Seterusnya, bahasa Melayu akan sebati dan menjadi jati diri bangsa Malaysia.

Item Type:Article
Keyword:Speaking; Instrument; Proficiency of the Malay language; Reading and writing; Listening; UKBM
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:50404
Deposited By: Nabilah Mustapa
Deposited On:28 Feb 2017 15:28
Last Modified:28 Feb 2017 15:28

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Feb 2017 15:28.

View statistics for "Bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa: kepentingan melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu"