Kesalahan Bahasa dalam Karangan Murid Tamil Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah

J. N. J. Money, Suthanthiradevi (2004) Kesalahan Bahasa dalam Karangan Murid Tamil Mempelajari Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img]
Preview
PDF
93Kb

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan bagi menganalisis kesalahan bahasa dalam karangan murid Tamil mempelajari bahasa Melayu di sekolah menengah. Penyelidikan ditadbir ke atas sejumlah 53 orang murid Tingkatan Empat di empat buah sekolah menengah dalam daerah Kinta, Perak. Dalam penyelidikan ini, Teori Analisis Kesilapan digabungkan dengan Teori Bahasa Antara untuk menganalisis kesalahan bahasa Melayu dalam karangan murid Tamil. Dapatan penyelidikan diperoleh daripada penulisan karangan dan soal selidik yang dihasilkan oleh murid Tamil dalam kelas-kelas bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid Tamil melakukan kesalahan tatabahasa, iaitu aspek perkataan, frasa dan ayat. Dapatan membuktikan bahawa kesalahan penggunaan aspek perkataan yang paling banyak dilakukan oleh murid-murid yang menjadi sampel kajian ini. Ini diikuti oleh kesalahan penggunaan aspek frasa dan ayat. Kebanyakan struktur binaan ayat tersebut adalah terjemahan literal daripada struktur-struktur ayat bahasa Tamil. Bahasa antara seperti generalisasi melampau, pemudahan, dan penyangkalan turut mempengaruhi penulisan B2 murid Tamil, tetapi yang paling ketara ialah generalisasi melampau. Dalam penulisan BM, murid-murid Tamil hanya berada pada tahap Basilek dan Mesolek sahaja. Dengan ini penyelidik merumuskan bahawa lima proses bahasa antara memang mempengaruhi pembelajaran BM murid Tamil. Adalah terbukti bahawa murid Tamil masih lemah dalam penguasaan tatabahasa BM. Mereka masih belum menguasai Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu. Cadangan-cadangan yang diajukan oleh penyelidik ialah mengadakan latihan-latihan struktur binaan ayat B2, memaksimumkan penggunaan B2 dalam bilik darjah, mengadakan pertandingan bahasa antara kumpulan dan aktiviti-aktiviti lisan. Guru-guru juga mestilah mempraktikkan hukum-hukum tatabahasa yang baku dalam pengajarannya. Adalah diharapkan supaya cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat memperbaiki penguasaan tatabahasa yang dibuat oleh murid-murid Tamil dan meningkatkan tahap pencapaian kemahiran tatabahasa mereka dalam BM.

Item Type:Thesis (PhD)
Call Number:FBMK 2004 19
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:501
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:14 Oct 2008 17:08
Last Modified:27 May 2013 06:48

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.