UPM Institutional Repository

Persepsi Kecukupan Perbelanjaan dalam Kalangan Warga Tua di Semenanjung Malaysia


Citation

Kamaluddin, Farizan (2007) Persepsi Kecukupan Perbelanjaan dalam Kalangan Warga Tua di Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Jangka hayat hidup penduduk Malaysia semakin lanjut dan ini menimbulkan persoalan mengenai kecukupan kewangan untuk menyara hidup di peringkat akhir hayat. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi kecukupan perbelanjaan untuk makanan, perubatan, bil utiliti dan pengangkutan serta menentukan angkubah-angkubah yang mempengaruhi persepsi warga tua terhadap kecukupan perbelanjaan tersebut. Angkubah bebas yang dikaji terdiri daripada angkubah sosio-demografi dan sosio-ekonomi. Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada kajian yang dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai masalah dan keperluan warga tua di Malaysia yang dijalankan pada tahun 1999. Kajian tersebut melibatkan 1,776 orang responden yang berumur 60 tahun ke atas yang dipilih daripada empat buah negeri iaitu Johor, Kedah, Perak dan Kelantan melalui teknik persampelan kuota Kajian mendapati majoriti warga tua mempunyai pendapatan yang rendah apabila bersara dan tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar. Sebanyak 53% warga tua mempunyai satu sumber pendapatan dan 35% warga tua mempunyai dua sumber pendapatan. Sumber pendapatan utama warga tua ialah pendapatan sosial iaitu bantuan wang daripada anak-anak dan pendapatan pekerjaan (termasuk pencen). Pola perbelanjaan warga tua bagi makanan, perubatan, bil utiliti dan pengangkutan berbeza mengikut kawasan, jantina dan umur. Peratus perbelanjaan paling tinggi adalah untuk makanan, diikuti bil utiliti, perubatan dan pengangkutan. Warga tua berbangsa Cina, tinggal di bandar, berumur antara 60-69 tahun dan lelaki berbelanja lebih tinggi dari segi amaun. Warga tua yang mempunyai amaun perbelanjaan yang tinggi melaporkan perbelanjaan mereka mencukupi bagi makanan, perubatan, bil utiliti dan pengangkutan. Kajian mendapati simpanan adalah penentu utama persepsi kecukupan perbelanjaan warga tua bagi makanan, perubatan, bil utiliti dan pengangkutan. Warga tua yang mempunyai simpanan adalah 6.1 kali lebih berkemungkinan mempunyai persepsi menyatakan cukup perbelanjaan bagi makanan, 4.5 kali bagi perubatan, 7.2 kali bagi bil utiliti dan 6.3 kali bagi pengangkutan berbanding responden yang tiada simpanan. Bagi memastikan warga tua mempunyai simpanan yang cukup, pendidikan kewangan berkualiti dan kepentingan simpanan perlu dipupuk dari awal di kalangan generasi muda sebagai persediaan untuk hari tua. Warga tua lelaki, tinggal di bandar, berbangsa Cina dan berumur antara 60-69 tahun lebih tinggi mempunyai simpanan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM_2007_2.pdf

Download (390kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Older people - Malaya - Consumption (Economics)
Call Number: FEM 2007 2
Chairman Supervisor: Profesor Madya Tengku Aizan Hamid, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 02 Apr 2010 07:08
Last Modified: 27 May 2013 07:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4967
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item