UPM Institutional Repository

Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan


Citation

Sheikh Zainal, Siti Muhaza (2006) Pengaruh Pasangan Intim Lelaki Ke Atas Penggunaan Awal Dadah Dalam Kalangan Penagih Wanita Di Pusat Serenti Bachok, Kelantan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Hasil kerja penyelidik tempatan terdahulu tidak menyelidik secara mendalam berkaitan faktor-faktor yang didapati telah menyebabkan wanita menjadi penagih dadah. Ini menjadikan masalah wanita dan dadah di negara ini kurang difahami serta seperti dikesampingkan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penagih dadah wanita yang telah terdorong untuk mencuba dadah, disebabkan oleh pasangan lelaki intim mereka. Di dalam kebanyakan kes, wanita yang berpersonaliti submisif menjadi penagih dadah kerana peranan yang dimainkan oleh pasangan lelaki mereka. Persoalannya siapakah wanita ini, apakah ciri-ciri pasangan lelaki mereka dan adakah terdapat faktor lain yang berhubung kait dengan hubungan intim tersebut yang telah menyebabkan wanita ini mencuba dadah buat pertama kali. Bab awal bermula dengan penerangan berkaitan bentuk penyelidikan. Ia diikuti dengan persembahan rangka kerja konseptual serta teori-teori yang berkaitan. Data dikumpul daripada responden berdasarkan ingatan semula, dengan memberi tumpuan kepada aspek personaliti di dalam kedua-dua keadaan umum dan apabila wanita ini berhadapan dengan pasangan lelaki mereka. Terdapat sejumlah 48 responden yang memenuhi kriteria sampel kajian. Ujian Personaliti menggunakan Skala Tret Dominan-Submisif dan Skala Kuasa di dalam Hubungan Seksual dibuat ke atas responden ini. Seramai enam orang responden dipilih untuk menjalani temubual intensif bagi mendapatkan penjelasan lebih mendalam berkaitan personaliti serta hubungan intim mereka. Faktor ‘seorang penagih dadah’ dikenal pasti sebagai antara ciri yang jelas terdapat pada pasangan lelaki. Ia menunjukkan terdapat kaitan di antara tingkah laku awal penggunaan dadah dalam kalangan responden dengan pasangan lelaki mereka sama ada terdapat atau tidak tawaran dadah dilakukan oleh lelaki tersebut. Terdapat juga proses lain yang berlaku ke atas hubungan intim wanita ini yang mendorong mereka untuk mencuba dadah. Satu kajian silang analisa juga dilaksanakan di antara hasil kajian kuantitatif dengan kualitatif untuk tujuan mengukuhkan hasil dapatan kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa wanita yang berpersonaliti dominan pada umumnya menjadi submisif apabila berhadapan dengan pasangan lelaki yang mempunyai hubungan intim dengan mereka. Kajian juga mencadangkan bahawa wanita boleh terpengaruh untuk mencuba dadah juga sekiranya pasangan lelaki mereka merupakan penagih dadah.


Download File

[img]
Preview
PDF
FEM_2006_6.pdf

Download (430kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Drug abuse - Women - Kelantan
Call Number: FEM 2006 6
Chairman Supervisor: Nobaya bt. Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 01 Apr 2010 09:40
Last Modified: 27 May 2013 07:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4961
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item