Simple Search:

Pola Masalah, Kecerdasan Emosi Pelajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik di Sekolah Menengah


Citation

Chin, Mei Keong (2007) Pola Masalah, Kecerdasan Emosi Pelajar dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik di Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji pola masalah yang berkaitan dengan akademik, sosial-psikologikal dan sosio-ekonomi yang mana akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tingkatan empat seramai 340 orang (114 lelaki dan 226 perempuan). Di samping itu, tahap kecerdasan emosi pelajar juga dikenalpasti. Kajian turut meninjau hubungan antara pola masalah dengan tahap kecerdasan emosi dan tahap pencapaian akademik pelajar. Senarai Semak Masalah Mooney dan Soal Selidik Kecerdasan Emosi telah digunakan untuk tujuan kajian. Analisis deskriptif menunjukkan masalah yang paling mengganggu pelajar ialah masalah akademik dan kerjaya (Min=1.38, SP=0.68), diikuti oleh masalah psikologikal (Min=1.09, SP=0.59), dan masalah penyesuaian kerja (Min=1.07, SP=0.58). Berdasarkan keputusan ujian-t tidak bersandar, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam skor tahap masalah, t(338)=-2.981, p<.05, dan skor tahap kecerdasan emosi, t(338)=-4.870, p<.05. Pelajar bandar dan pelajar luar bandar turut menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam skor tahap masalah, t(338)=-3.914, p<.05. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar dalam skor tahap kecerdasan emosi iaitu t(338)=-1.608, p> .05.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2007_8.pdf

Download (347kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Study and teaching (secondary) - Emotion intelligence - Malaysia
Call Number: FPP 2007 8
Chairman Supervisor: Samsilah Roslan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Rosmieza Mat Jusoh
Date Deposited: 31 Mar 2010 11:55
Last Modified: 27 May 2013 15:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4827
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item