Simple Search:

Pengaruh budaya tempatan dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah


Citation

Abd Rahman, Mohd Zuhir and Abdul Jabar, Mohd Azidan (2014) Pengaruh budaya tempatan dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134. pp. 373-381. ISSN 1877-0428

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh budaya tempatan dan peranannya dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah. Dalam melaksanakan kajian ini, budaya tempatan difokuskan kepada tiga aspek utama, iaitu (i) kosa kata Melayu yang mempunyai padanan makna dengan bahasa Arab, (ii) persamaan dari segi ejaan jawi dengan ejaan Arab pada perkataan Melayu, dan (iii) cerita warisan yang berkembang dalam masyarakat Melayu. Kajian ini mengaplikasi kerangka “Teori Linguistik Sistemik Fungsional” yang dipelopori oleh M.A.K. Halliday (1976) bagi melihat pengaruh budaya tempatan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Teori Sistemik Funsional mempunyai perhatian besar terhadap hubungan bahasa dengan konteks situasi. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengaruh budaya tempatan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Satu set soal selidik dikemukakan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima. Kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti pengaruh budaya tempatan dalam peranannya dalam mempertingkatkan penguasaan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah.


Download File

[img] PDF
48191.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (23MB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: 10.1016/j.sbspro.2014.04.259
Publisher: Elsevier
Keywords: Local culture; Learning Arabic language; Arabic loan words; Cultural influence
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 14 Sep 2016 10:55
Last Modified: 14 Sep 2016 10:55
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.1016/j.sbspro.2014.04.259
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48191
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item