Simple Search:

Sikap dan persepsi guru sains terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di makmal sains


Citation

Sabudin, Shahril (2006) Sikap dan persepsi guru sains terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di makmal sains. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Perlaksanaan Program “Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris” oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran Bahasa Inggeris serta pengintegrasian teknologi komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Ini bermakna semua guru matematik dan sains dikehendaki mengajar menggunakan Bahasa Inggeris serta teknologi komputer. Perlaksanaan program ini dipercayai telah memberikan tekanan kepada guru-guru sains dan matematik di negara ini. Oleh itu, adalah perlu untuk menjalankan kajian bagi mengenalpasti sikap kumpulan guru-guru in terhadap proses pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Fokus kajian ini adalah terhadap proses pengintegrasian teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di makmal sains. Objektif utama kajian yang dijalankan ini adalah seperti berikut: a) untuk mengenalpasti sikap guru-guru sains terhadap penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di makmal sains, b) untuk mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap peranan mereka (sama ada berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di makmal sains, dan c) untuk mengenalpasti tahap penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di makmal sains.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP_2006_11.pdf

Download (519kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Science teachers - Computer-assisted instruction.
Subject: Science - Study and teaching.
Call Number: FPP 2006 11
Chairman Supervisor: Nor Hayati Haji Alwi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Rosmieza Mat Jusoh
Date Deposited: 30 Mar 2010 17:53
Last Modified: 27 May 2013 15:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4796
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item