UPM Institutional Repository

Status Penggunaan Bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia


Citation

Raja Ariffin, Raja Masittah (2007) Status Penggunaan Bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memerikan status penggunaan bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia khususnya di Pulau Home yang terletak di Lautan Hindi, di luar kawasan dunia Melayu. Kajian ini berdasarkan pendekatan kualitatif dan memberikan fokus kepada lima aspek: susur galur dan sejarah penghijrahan orang Melayu ke Pulau Kokos; sistem panggilan dalam kalangan Melayu Kokos; leksikal dan istilah dalam bahasa Melayu yang digunakan di Pulau Kokos; status bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, dan juga pemupukan dan pemasyarakatan bahasa Melayu di pulau tersebut; dan sama ada berlaku anjakan paradigma daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda. Wawancara dan temu bual dibuat dengan mengemukakan soalan terbuka untuk mendapatkan responds daripada informan; dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 60 orang informan yang terdiri daripada orang Melayu Kokos dan orang kulit putih Australia telah ditemu bual dari 2-10 Mei 2004 di Pulau Home. Kerangka teori tipologi kawasan penyebaran bahasa telah diterapkan dalam kajian ini. Hasil penelitian jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah dibawa ke Pulau Kokos oleh orang Melayu yang berasal dari tempat-tempat seperti Banjarmasin, Pontianak, Jawa, Makassar, dan Sumatera; dan bahasa ini telah digunakan dengan meluas sejak tahun 1826 sehingga kini. Leluhur orang Melayu Kokos telah dibawa ke Pulau Kokos oleh dua orang Inggeris, iaitu Alexander Hare dan John Clunies-Ross. Orang-orang Melayu tersebut telah membawa budaya, cara hidup, termasuklah bahasa dan agama Islam bersama-sama mereka. Bahasa yang dituturkan di Pulau ini menyamai bahasa Indonesia dialek Jakarta. Orang Melayu Kokos hidup di bawah kekuasaan John Clunies-Ross selama ratusan tahun, dan oleh sebab itu banyak pengaruh leksikal bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka sehari-hari, di samping pengaruh bahasa Portugis dan Belanda. Bahasa Melayu berkembang luas melalui sistem panggilan yang unik dalam keluarga Melayu Kokos dan juga komuniti di Pulau itu. Sehingga kini, mereka mampu mengekalkan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang, antaranya termasuklah pentadbiran dan pengurusan pulau, pendidikan, kegiatan sosiekonomi dan senibudaya. Kajian ini juga memperlihatkan anjakan paradigma daripada bahasa Melayu Kokos kepada bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda. Dalam usaha melestarikan status quo bahasa Melayu, generasi warga emas berusaha bersungguh-sungguh menggalakkan generasi muda menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja di rumah malah dalam komuniti Melayu di Pulau Kokos.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2007_13.pdf

Download (365kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Malay language - Australia - Cocos Island - Usage
Call Number: FBMK 2007 13
Chairman Supervisor: Che Ibrahim bin Haji Salleh, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 31 Mar 2010 01:00
Last Modified: 27 May 2013 07:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/4749
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item