Interaksi dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Remaja

Ghazali, Lateh (2007) Interaksi dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Remaja. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
270Kb

Abstract

Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh remaja dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam perbualan formal. Di samping itu kajian ini juga membincangkan aspek kognitif yang mempengaruhi interaksi lisan remaja. Perbincangan kedua-dua aspek ini dilaksanakan dalam kerangka teori etnografi komunikasi dan juga teori Relevan. Kajian ini berbentuk kajian lapangan menggunakan kaedah rakaman audio terhadap aktiviti interaksi lisan yang disertai oleh golongan remaja dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Empat buah sekolah di daerah Kuala Langat telah dijadikan tempat kajian. Rakaman interaksi lisan ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori etnografi komunikasi Saville-Troike (2003) dan Teori Relevan Sperber & Wilson (1999,2002). Menurut teori etnografi komunikasi Saville-Troike, setiap interaksi lisan perlu memenuhi kehendak-kehendak komponen yang disarankan, iaitu genre, topik, tujuan, latar, ragam, peserta interaksi, bentuk mesej, kandungan mesej, urutan lakuan, peraturan interaksi, dan norma-norma interpretasi. Manakala dari sudut relevan pula setiap sesi interaksi lisan itu mengambil kira aspek konteks, kesan konteks, dan kos proses dalam memastikan maklumat dapat disampaikan secara berkesan. Dapatan kajian ini membuktikan teori etnografi komunikasi dapat membina satu sistem keteraturan interaksi lisan dalam kalangan remaja dengan menggabungkan kemahiran linguistik dan juga sosiolinguistik. Remaja telah melakukan pelbagai pertimbangan komunikatif untuk memastikan interaksi lisan dilaksanakan dengan sempurna. Pada masa yang sama dari segi pragmatik pula, input kognitif remaja turut mempengaruhi kemampuan interaksi lisan dalam situasi formal. Remaja mengaplikasi pengalaman konteks untuk menyerlahkan pemikiran mereka melalui sesi interaksi yang yang disertai. Justeru, keberkesanan kerangka teori yang diguna pakai untuk mendasari kajian ini amat tinggi.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Study and teaching - Oral - Teenager
Subject:Oral communication
Chairman Supervisor:Zaitul Azma Zainon Hamzah, PhD
Call Number:FBMK 2007 1
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:4726
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:31 Mar 2010 04:53
Last Modified:27 May 2013 07:17

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 31 Mar 2010 04:53.

View statistics for "Interaksi dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah dalam Kalangan Remaja"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.