Keyword Search:


Bookmark and Share

Kajian keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar

Ahmad Ghazali, Akmar Hayati and Bolong, Jusang and Omar, Siti Zobidah (2015) Kajian keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar. In: Panduan Penyelidikan Komunikasi Kaedah Kuantitatif. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, p. 328. ISBN 9789834616038.

[img] PDF (Abstrak)
33Kb

Abstract

Membaca pelbagai jenis maklumat di dalam akhbar membantu untuk membentuk dan membina minda remaja. Walaupun akhbar mempunyai pelbagai kandungan, ia semakin kurang menarik minat remaja untuk menerimanya sebagai salah satu bentuk bahan bacaan mereka. Dengan itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti jenis-jenis berita yang menjadi pilihan remaja; dan untuk mengetahui hubungan antara faktor keperluan dengan penerimaan akhbar oleh remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan 387 responden yang berumur antara16 tahun hingga 17 tahun dari sekolah menengah kebangsaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Kedua-dua jenis statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai peratusan, min, purata, dan sisihan piawai. Statistik inferensi telah digunakan untuk menerangkan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa jenis berita yang menjadi pilihan remaja adalah berita hiburan. Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara keperluan dan penerimaan. Dengan merujuk kepada hasil kajian, dicadangkan faktor-faktor keperluan remaja perlu dikekalkan dalam setiap kandungan akhbar. Oleh itu, institusi akhbar dicadangkan menerbitkan lebih banyak bahan-bahan pendidikan dan bermaklumat untuk meningkatkan pemahaman remaja terhadap sesuatu berita.

Item Type:Book Section
Notes:Editor : Jusang Bolong, Akmar Hayati Ahmad Ghazali dan Mohd Sobhi Ishak
Keyword:Newspapers; Needs; Teenagers; News; Teenagers' acceptance towards newspaper
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Dewan Bahasa dan Pustaka
ID Code:47033
Deposited By: Azhar Abdul Rahman
Deposited On:20 Sep 2017 09:56
Last Modified:20 Sep 2017 09:56

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 20 Sep 2017 09:56.

View statistics for "Kajian keperluan dan penerimaan remaja terhadap akhbar"