Keyword Search:


Bookmark and Share

Transformasi kesihatan wanita: ke arah kesejahteraan komuniti

Abdul Latiff, Latiffah (2014) Transformasi kesihatan wanita: ke arah kesejahteraan komuniti.

[img] PDF (Cover)
1129Kb
[img] PDF (Fulltext)
10Mb

Abstract

Hambatan budaya, tanggapan yang kurang tepat mengenai penyakit, kurangnya kesedaran, malu dan rendah status ekonomi merupakan akar masalah yang dihadapi oleh wanita sepanjang hidup yang memberi kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Status dan penjagaan diri wanita semasa kanak-kanak, remaja, dewasa dan usia tua mempengaruhi proses kesihatan serta kesejahteraan hidup. Jenis pemakanan, tahap pendidikan, pengambilan ubatan, sistem kesihatan yang tersedia dan hubungan kelamin mempengaruhi wanita dalam menjalankan peranannya sepanjang usia reproduksinya. Penemuan saintifik dari universiti kepada komuniti membantu meningkatkan tahap kesihatan wanita melalui pendedahan kepada pemakanan sihat dan berkhasiat termasuklah pemakanan sunnah seperti Jintan Hitam.Selaras dengan agenda memastikan tahap kesihatan keluarga berada di tahap optimum, wanita generasi hari ini dan akan datang perlu berilmu mengenai kepentingan penjagaan kesihatan kendiri dengan mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat disamping melakukan pengesanan penyakit-penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Bagi memenuhi adat budaya timur dan kepercayaan agama, penerimaan dan keberkesanan suatu teknik pengambilan sendiri sampel tisu servik bagi pengesanan awal kanser servik telah dijalankan.Pendekatan kesihatan awam merupakan salah satu alternatif penting untuk mendekatkan kepada komuniti dan populasi setempat bagi menilai dan mengenalpasti tahap kesihatan yang memenuhi keperluan pada masa kini. Sistem kesihatan seharusnya perlu mengenali dan memperhatikan masalah kesihatan wanita dalam keadaan dan keupayaan pada sesuatu tahap kehidupan yang akan mempengaruhi kualiti hidup sepanjang hayat. Pendekatan yang diterapkan adalah untuk memastikan pada setiap fasa kehidupan serta kesinambungan antara fasa kehidupan tersebut dapat ditangani dengan baik pada masa kehidupan selanjutnya. Kajian melihat bahawa kurang kesedaran, sumber dan infrastruktur terutama di kawasan luar bandar telah membawa kepada kadar kesedaran yang rendah dan dengan itu kempen pemeriksaan kesihatan masyarakat secara berkala perlu dilaksanakan. Penyebaran dan perkongsian maklumat kepada komuniti adalah medium terbaik untuk mengubah sikap, amalan gaya hidup serta meningkatkan kemahiran mereka untuk jangka masa yang panjang terhadap kesihatan pada masa hadapan. Untuk meningkatkan taraf kehidupan wanita dari setiap sudut fasa kehidupan keseluruhanya kajian telah dijalankan bagi mengurangkan risiko masalah penyakit reproduktif wanita seperti kanser serviks dan masalah berkaitan sindrom metabolik seperti obesiti, kencing manis dan lain-lain.

Item Type:Inaugural Lecture
Keyword:Women health; Health awareness; Community
Call Number:LG173 S45S981 no.187
Faculty or Institute:Faculty of Medicine and Health Science
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:41607
Deposited By: Azhar Abdul Rahman
Deposited On:22 Dec 2015 15:22
Last Modified:22 Dec 2015 15:22

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 22 Dec 2015 15:22.

View statistics for "Transformasi kesihatan wanita: ke arah kesejahteraan komuniti"