UPM Institutional Repository

Hubungan kesediaan, penerimaan, pengoperasian dan keprihatinan guru kemahiran hidup bersepadu pertanian dengan amalan pentaksiran berasaskan sekolah


Citation

Jaba, Salmiah (2013) Hubungan kesediaan, penerimaan, pengoperasian dan keprihatinan guru kemahiran hidup bersepadu pertanian dengan amalan pentaksiran berasaskan sekolah. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah perubahan dalam penilaian pendidikan. Transformasi yang berlaku ini membuka ruang perbincangan yang luas dari segi kesediaan, penerimaan, pengoperasian dan keprihatinan guru sebagai agen perubahan. Perhatian harus diberikan kepada persediaan dari segi kognitif, emosi dan tingkahlaku dalam memastikan guru melakukan amalan yang betul dan berterusan ketika melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, kajian ini menyumbangkan dapatan hubungan antara kesediaan, penerimaan, pengoperasian dan keprihatinan guru Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian terhadap amalan mereka melaksanakan PBS. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan lima instrumen yang telah diadaptasi daripada instrumen asal, iaitu konstruk kesediaan, konstruk penerimaan, konstruk pengoperasian, konstruk keprihatinan dan amalan sebagai pembolehubah bersandar. Responden kajian dipilih secara rawak mudah daripada senarai nama guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. Soal selidik yang dihantar melalui pos mendapat kadar pulangan sebanyak 80.5%, iaitu seramai 322 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian daripada seluruh Malaysia. Temu bual berasaskan soalan separa struktur juga dilakukan untuk mendapat maklum balas lebih jelas tentang bahagian-bahagian yang telah dikenal pasti. Amalan guru menunjukkan min yang tinggi dalam melaksanakan PBS di sekolah. Hubungan kesediaan yang signifikan dengan amalan memperjelaskan bahawa latihan,pengetahuan dan kemahiran meningkatkan amalan guru melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah. Manakala hubungan signifikan antara penerimaan dengan amalan memberi isyarat bahawa guru mempunyai kepercayaan, sikap dan kemahuan yang lemah untuk melaksanakan PBS, begitu juga pengoperasian yang menunjukkan hubungan signifikan dengan amalan menjelaskan bahawa kesan pemantauan penyelarasan, kemudahan, kos dan masa juga memberi sumbangan kepada amalan guru melaksanakan PBS di sekolahsekolah. Kajian menggunakan Concern-Based Adoption Model of Change-CBAM, mendapati tahap keprihatinan guru menunjukkan peningkatan daripada tahap keprihatinan diri (self-concerns) ke tahap keprihatinan tugas (task concerns) tetapi menurun pada tahap keprihatinan kesan (impact concerns). Hubungan yang signifikan ditunjukkan antara amalan dengan tahap kesan-kerjasama dan dengan tahap pengurusan, manakala tiada hubungan yang signifikan antara amalan dengan tahap maklumat-personal dan dengan tahap tumpuan semula, namun hubungan negatif ditunjukkan antara amalan dengan kesedaran. Ini menjelaskan bahawa guru telah menerima perubahan kepada pentaksiran sepenuhnya. Pada keseluruhannya, sungguhpun tahap keprihatinan guru adalah tinggi namun keprihatinan tersebut tidak disepadukan dengan amalan untuk menjadikan pelaksanaan PBS kekal berterusan. Ujian-t menunjukkan perbezaan signifikan antara amalan guru yang mengikuti kursus dan tidak pernah mengikuti kursus, manakala tiada perbezaan signifikan antara amalan guru mengikut jantina. Hasil ujian ANOVA satu hala mendapati perbezaan signifikan antara amalan guru mengikut pengalaman mengajar begitu juga perbezaan signifikan antara amalan guru mengikut jenis latihan perguruan. Namun, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara amalan dengan kelulusan akademik. Analisis regrasi pelbagai hierarki mendapati bahawa keprihatinan secara signifikan adalah mediator kepada model ramalan kesediaan, penerimaan dan pengoperasian terhadap amalan guru melaksanakan PBS. Manakala konstruk kesediaan muncul sebagai peramal terbaik yang mempengaruhi amalan guru melaksanakan PBS,diikuti oleh penerimaan dan akhirnya pengoperasian. Oleh itu,keseluruhan dapatan kajian menjelaskan tentang kepentingan kesediaan, penerimaan,pengoperasian dan keprihatinan guru dalam meningkatkan amalan guru melaksanakan PBS ketika ini.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 16R.pdf

Download (988kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: School-based management - Malaysia - Evaluation
Subject: Educational evaluation - Malaysia
Subject: Teachers - Self-rating of - Malaysia
Call Number: FPP 2013 16
Chairman Supervisor: Prof. Madya Ramlah bt Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 21 Jan 2016 00:55
Last Modified: 21 Jan 2016 00:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39762
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item