Khoo, B. C. and Quah, S. H. (2004) Pengiraan Persentil Taburan Panjang Larian bagi Carta Kawalan Purata Bergerak Berpemberat Eksponen Multivariat. Pertanika Journal of Science & Technology, 12 (1). pp. 33-43. ISSN 0128-7680
| PDF 2511Kb |
Abstract
Prabhu dan Runger (1997) telah mengemukakan cadangan dalam pemilihan parameter-parameter untuk skema carta kawalan purata bergerak berpemberat eksponen multivariat (MEWMA). Walau bagaimanapun, cadangan tersebut hanya berdasarkan prestasi panjang larian purata (average run length - ARL). Oleh itu, dalam makalah ini, kami akan mengira nilai-nilai persentil untuk taburan panjang larian bagi pelbagai skema carta kawalan MEWMA yang dikemukakan oleh Prabhu dan Runger (1997). Persentil-persentil yang dikira akan membekalkan maklumat tambahan seperti kekerapan isyarat luar kawalan palsu yang awal (early false out of control signals), panjang larian median (median run length - MRL) dan kepencongan taburan panjang larian untuk sesuatu skema tertentu. Maklumat-maklumat tambahan ini mungkin berguna dalam membekalkan jurutera kawalan mutu pengetahuan mendalam dan lengkap tentang sesuatu skema carta kawalan MEWMA yang dipilih berdasarkan cadangan Prabhu dan Runger (1997).
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Taburan panjang larian, panjang larian, MEWMA, ARL, MRL |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3680 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 01 Dec 2009 09:31 |
| Last Modified: | 08 Apr 2010 10:43 |
Repository Staff Only: item control page