Keyword Search:


Bookmark and Share

Mantik dan etnomantik

Ismail, Mat Rofa (2014) Mantik dan etnomantik. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 9789834611347.

[img] PDF (Book cover)
38Kb

Abstract

Kandungan buku ini amat unik kerana persembahannya yang melibatkan kesepaduan pelbagai ilmu. Hal ini disebabkan mantik merupakan ilmu sepunya dalam matematik dan usuluddin, fizik dan usul fiqah, teknologi maklumat dan retorik, falsafah dan teknologi, teori dan amali. Namun, kegunaan mantik yang luas itu kurang disedari para ilmuan yang mengamalkan pragmatisme dalam tradisi ilmu mereka. Pelbagai unsur mantik dihuraikan dalam buku ini termasuk proposisi, pengisbatan, penafian, takrif, analogi, silogisme, deduksi, induksi, transitifan, kantrapositif, penghujahan, pembuktian dan analisis menerusi aliran sejarah perkembangan, khususnya menerusi tamadun Islam yang agung. Perbincangan tentang entomantik pula sangat menarik kerana merupakan bidang baharu yang dibincangkan secara teliti di dalam buku ini. Buku ini menggabungkan kedua-dua aspek mantik dan etnomantik dalam perbincangan yang bersepadu. Buku ini yang pertama di rantau Asia Tenggara yang membincangkan etnomantik Melayu-Islam secara khusus dalam epistemologi ilmu pemikiran secara amnya

Item Type:Book
Keyword:Logic
Faculty or Institute:Faculty of Science
Publisher:Dewan Bahasa dan Pustaka
ID Code:36098
Deposited By: Mohd Hafiz Che Mahasan
Deposited On:10 Jun 2015 12:32
Last Modified:10 Jun 2015 12:32

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Jun 2015 12:32.

View statistics for "Mantik dan etnomantik"