Keyword Search:


Bookmark and Share

Dato’ Dr. Hassan Ahmad: cendekiawan Melayu terulung

Yaakob, Nor Azuwan (2013) Dato’ Dr. Hassan Ahmad: cendekiawan Melayu terulung. Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789673443307. (Call Number: PL5139 H374N822)

[img] PDF (Book cover)
31Kb

Abstract

Dato’ Dr. Hassan Ahmad merupakan tokoh tersohor dan berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, perancangan bahasa dan sastera, penyelidikan dan pengurusan sehingga beliau pernah digelar sebagai ‘The Godfather of Malaysian Book World’ dan menerima ‘Anugerah Tokoh pembangunan Buku Negara’ (2005). Beliau juga tokoh ilmuwan dan intelektual dalam pelbagai bidang malah ‘pejuang bahasa’ yang sangat berani. Dato’ Dr Hassan Ahmad pernah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, (UNESCO) di Paris (1988) dan dipilih sebagai Presedin Kumpulan Elektoral Negara-Negara Asia-Pasifik di UNESCO (1990-1991).Sekembalinya dari Paris, beliau menubuhkan Yayasan Karyawan pada 30 Ogos 1996 dan terus menerajuinya selama 15 tahun. Anak Melayu pertama yang menerima ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Leiden ini sepanjang hayatnya telah mencurahkan ilmu dan keintelektualannya dalam memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. Biografi yang ditulis daripada third view person oleh Nor Azuwan Yaakob ini mengisahkan berkenaan kehidupan Dato’ Dr Hassan Ahmad sejak zaman kanak-kanak beliau, kisah perjuangan beliau dalam memartabatkan bahasa Melayu dan pelbagai kisah hidup beliau sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 31 Ogos 2011.

Item Type:Book
Keyword:Dato' Dr. Hassan Ahmad; Biography
Call Number:PL5139 H374N822
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Penerbit Universiti Putra Malaysia
ID Code:36092
Deposited By: Mohd Hafiz Che Mahasan
Deposited On:08 Jul 2015 12:03
Last Modified:08 Jul 2015 12:03

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 08 Jul 2015 12:03.

View statistics for "Dato’ Dr. Hassan Ahmad: cendekiawan Melayu terulung"