Keyword Search:


Bookmark and Share

Interaksi sosial dalam penyampaian cerita rakyat Melayu

Abu Bakar, Roslina (2014) Interaksi sosial dalam penyampaian cerita rakyat Melayu. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor. ISBN 9789673444168.

[img] PDF (Book cover)
374Kb

Abstract

“Bawang Putih Bawang Merah”, “Si Tanggang”, Mat Jenin” dan “Si Badang” adalah antara cerita rakyat Melayu yang terkenal dalam masyarakat Melayu. Sesungguhnya masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya. Pelbagai nasihat dan pengajaran diberikan melalui perilaku mahupun lisan. Salah satu kaedahnya adalah melalui penceritaan cerita rakyat Melayu. Cerita rakyat Melayu ini adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang diturunkan daripada generasi ke generasi. Kebiasaannya cerita rakyat ini disampaikan oleh seseorang yang dipanggil penglipurlara. Secara umumnya cerita rakyat Melayu berfungsi sebagai wadah hiburan dan wahana penyebar serta penyampai maklumat. Cerita rakyat Melayu turut berfungsi untuk menyebar serta melestarikan budaya, memberi pengajaran dan bimbingan kepada individu sebagai landasan dalam hidup bermasyarakat. Bagi menyampaikan cerita rakyat Melayu, penglipur lara sentiasa menjana idea baru dan mengaplikasikannya ketika penyampaian agar cerita yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik. Interaksi Sosial dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada pelajar, penyelidik, pencinta budaya dan juga sesuai bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam cerita rakyat Melayu.

Item Type:Book
Keyword:Folk literature; Malay literature
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:36083
Deposited By: Mohd Hafiz Che Mahasan
Deposited On:11 Jun 2015 10:27
Last Modified:11 Jun 2015 10:27

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 11 Jun 2015 10:27.

View statistics for "Interaksi sosial dalam penyampaian cerita rakyat Melayu"