Keyword Search:


Bookmark and Share

Aplikasi praktikal web 2.0 untuk pembelajaran - pengajaran

Abd Aziz, Sidek and Saad, Wan Zuhainis and A.Jabar, Marzanah and Sidi, Fatimah and Sharif, Khaironi Yatim and Koh, Tieng Wei (2014) Aplikasi praktikal web 2.0 untuk pembelajaran - pengajaran. MHP Publishers, Putrajaya. ISBN 9789839972122.

[img] PDF (Book cover)
147Kb

Abstract

Di abad ke 21 ini kemudahan internet yang tidak terhad, memudahkan kita mengakses pelbagai maklumat merangkumi bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal. Proses peningkatan ilmu pengetahuan yang sedia ada, kini boleh dilakukan menerusi pembelajaran ubiquitous yang boleh berlaku di mana jua kita berada dan pada bila-bila masa sahaja - maklumat kini berada di hujung jari! Walaupun kaedah pembelajaran ubiquitous tidak mengambil peranan pendidik secara lansung, namun tidak dapat dinafikan bahawa pelajar dewasa ini mempunyai banyak peluang dan ruang yang lebih luas untuk menimba ilmu pengetahuan melalui pembelajaran kendiri. Maka tidak hairanlah jika ramai pelajar yang telah menguasai satu-satu topik pembelajaran sebelum ia diajar oleh gurunya. Sesungguhnya pembelajaran ubiquitous ini amat dipengaruhi oleh perkembangan pesat ICT global dan sudah pastinya akan memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang meluas dalam sistem pendidikan di Malaysia melalui proses Pembestarian Pendidikan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Web 2.0 yang semakin meluas membolehkan pelajar mencari maklumat serta membangunkan kandungan dengan lebih mudah dan berkesan. Aplikasi web 2.0 merupakan kesinambungan dari teknologi Web 1.0 yang mana jika sebelum ini pengguna hanya menggunakan web untuk mencari dan menerima maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan teknologi Web 2.0, proses komunikasi dapat dijalankan secara dua hala dengan begitu berkesan, pantas dan mudah. Kini pengguna ICT bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.

Item Type:Book
Keyword:Web 2.0; Learning; Teaching
Faculty or Institute:Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences
Faculty of Computer Science and Information Technology
Faculty of Science
Publisher:MHP Publishers
ID Code:36063
Deposited By: Mohd Hafiz Che Mahasan
Deposited On:11 Jun 2015 15:36
Last Modified:11 Jun 2015 15:36

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 11 Jun 2015 15:36.

View statistics for "Aplikasi praktikal web 2.0 untuk pembelajaran - pengajaran"