Kasa, Zakaria and Md. Yunus, Aida Suraya and Asmuni, Azizan and Napis, Suhaimi and Abu Samah, Bahaman and Mohd. Yusoff, Mohd Zul and Khanafie, Mohd Rizal and Abdul Wahab, Hasmah and Sayid Ismail, Tn. Sayid Mohammad Nazari (2006) Keberkesanan Penyampaian Kuliah Menggunakan Teknologi Webcast dalam Mod yang Berbeza. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 14 (2). pp. 165-174. ISSN 0128-7702
| PDF 3693Kb |
Abstract
Aplikasi teknologi webcast semakin mendapat tempat terutama dalam sektor korporat dan penyiaran. Bagaimanapun, kesesuaian penggunaan teknologi webcast dalam pengajaran belum banyak diterokai, terutama di Malaysia. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknologi ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi. Tiga mod penyampaian kuliah secara webcast telah didedahkan kepada subjek k;;yian yang terdiri daripada 104 pelajar dalam Fasa I yang mengikuti kursus berorientasikan Sains manakala seramai 106 pelajar dalam Fasa II yang mengikuti kursus berorientasikan Sains Sosial. Mod tersebut adalah teknologi live streaming, pre-recorded streaming dan videl>-on-demand (YOD). Sesi kuliah secara bersemuka juga telah dijalankan sebagai satu bentuk kawalan. Persepsi subjek terhadap penggunaan teknologi webcast telah dikenal pasti melalui soal selidik. Ujian pra dan pasca dijalankan sebelum dan selepas sesi kuliah untuk mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan pencapaian dan signifikan antara pelajar yang mengikuti kuliah melalui mod .teknologi webcastyang berbeza. Hasil analisis data signifikan menunjukkan persepsi pelajar adalah sederhana positif terhadap mod teknologi webcast, kaedah penyampaian kuliah webcast, bahan pembelajaran yang digunakan dalam kuliah webcast dan kemudahan yang disediakan dalam kuliah webcast. Dari aspek pencapaian pula, tiada perbezaan yang signifikan diperoleh antara ujian pra dan pasca bagi kempat-empat mod penyampaian, kuliah bersemuka, live streaming, prerecorded streaming dan YOn. Ini bermakna, kuliah melalui mod webcast mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas sarna ada bagi pengajaran dalam kampus ataupun luar kampus.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Teknologi webcast, penyampaian kuliah, mod, von |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3558 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 30 Nov 2009 11:12 |
| Last Modified: | 06 Apr 2010 11:51 |
Repository Staff Only: item control page