Keyword Search:


Bookmark and Share

Sikap kanak-kanak Orang Asli di bandara raya Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua

Abu, Abdul Rahim and Yusop, Mohd Sharifudin (2014) Sikap kanak-kanak Orang Asli di bandara raya Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4 (2). pp. 57-66. ISSN 2180-4842

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/ViewVolume.aspx?vid=8

Abstract

Sikap merupakan salah satu unsur yang mempengaruhi penguasaan bahasa. Di negara kita, salah satu objektif penguasaan bahasa adalah untuk membentuk sikap supaya membanggakan Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan. Sikap mempunyai hubungan erat dengan motivasi untuk belajar bahasa. Bagi penutur yang menjadikan BM sebagai bahasa kedua (B2), kelemahan penguasaan bahasa mereka amat ketara. Situasi ini tidak terkecuali kepada kanak-kanak masyarakat minoriti Orang Asli (OA). Jati diri kanak-kanak OA untuk menguasai BM boleh direalisasikan dengan bersikap positif terhadap BM. Hasil tinjauan awal, kanak-kanak OA menghadapi masalah dalam penguasaan BM. Memandangkan BM adalah bahasa kebangsaan, mereka mestilah menguasai BM dengan baik. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap kanak-kanak OA yang berumur 8 hingga 11 tahun di Bandaraya Kuala Lumpur terhadap penguasaan BM sebagai B2. Di samping itu, kajian ini juga dapat menghuraikan sikap kanak-kanak OA lelaki dan kanak-kanak OA perempuan terhadap penguasaan BM. Melalui data yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kuala Lumpur (JPNKL), terdapat 18 orang kanak-kanak OA yang berumur 10 hingga 11 tahun. Selain itu, kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) untuk menyusun strategi dalam usaha membentuk sikap positif kanak-kanak OA terhadap BM. Kesimpulannya, kajian mendapati status sikap kanak-kanak OA terhadap penguasaan BM sangat berkaitan serta memberi kesan terhadap pencapaian mereka dalam penguasaan BM.

Item Type:Article
Keyword:Attitudes; Mastering; Aboriginal; Malay language; Second language
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ID Code:35371
Deposited By: Nurul Ainie Mokhtar
Deposited On:05 Jan 2016 14:54
Last Modified:05 Jan 2016 14:54

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Jan 2016 14:54.

View statistics for "Sikap kanak-kanak Orang Asli di bandara raya Kuala Lumpur terhadap penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua"