Keyword Search:


Bookmark and Share

Kekerapan komunikasi bunuh diri dan hubungannya dengan kecenderungan membunuh diri dalam kalangan anggota tentera

Abdul Hamid, Mohd Radzi and Bolong, Jusang (2015) Kekerapan komunikasi bunuh diri dan hubungannya dengan kecenderungan membunuh diri dalam kalangan anggota tentera. Jurnal Komunikasi, 31 (1). pp. 101-132. ISSN 2289-151X; ESSN: 2289-1528

[img] PDF (Abstrak)
35Kb

Official URL: http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-...

Abstract

Kes bunuh diri di kalangan anggota tentera Malaysia adalah kes terpencil dan mula dikesan pada awal tahun 70an. Pada tahun 1999, jumlah kes bunuh diri di kalangan anggota tentera mula meningkat malah turut melibatkan anggota berbangsa Melayu dan beragama Islam. Statistik kes bunuh diri anggota tentera mulai tahun 2000 hingga 2012 mencatatkan 49 kes yang mana 24 kes bunuh diri dan 25 kes cubaan bunuh diri. Perbandingan mengikut kaum/agama menunjukkan Bangsa Melayu/Islam adalah yang tertinggi iaitu 63% (14) kes membunuh diri dan 71% (13) kes cubaan bunuh diri. Adalah didapati hampir kesemua mangsa telah melakukan komunikasi bunuh diri secara lisan ataupun bukan lisan melalui pelbagai saluran. Malah terdapat kes di mana mangsa melakukan kedua-duanya sekali. Kebanyakannya mangsa telah melakukan komunikasi bunuh diri lebih daripada sekali. Berdasarkan kepada teori Perancangan Tingkah Laku yang telah diutarakan oleh Ajzen (1985), kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti hubungan kekerapan komunikasi bunuh diri dengan tahap kecenderungan bunuh diri dalam kalangan anggota tentera. Seramai 254 orang yang rapat dengan mangsa yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan rapat, ketua, pengawal pusat tahanan, pegawai agama dan pegawai kaunseling telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini juga turut melibatkan 11 orang anggota tentera yang gagal dalam cubaan membunuh diri. Hasil kajian menunjukkan jumlah komunikasi bunuh diri mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kecenderungan niat membunuh diri dalam kalangan anggota tentera. Adalah menjadi harapan agar hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh pihak pengurusan tentera atau mana-mana pasukan beruniform dalam usaha mencegah anggota daripada membunuh diri.

Item Type:Article
Keyword:Suicidal communication; Intent; Suicide; Military personal
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
ID Code:35131
Deposited By: Nurul Ainie Mokhtar
Deposited On:11 Oct 2016 10:52
Last Modified:11 Oct 2016 10:52

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 11 Oct 2016 10:52.

View statistics for "Kekerapan komunikasi bunuh diri dan hubungannya dengan kecenderungan membunuh diri dalam kalangan anggota tentera"