UPM Institutional Repository

Perbandingan kata kerja sokong dalam bahasa Melayu dan bahasa Perancis


Citation

Hassan @ Hussin, Omrah and Mohamad, Ab Halim (2014) Perbandingan kata kerja sokong dalam bahasa Melayu dan bahasa Perancis. Kemanusiaan, 21 (1). pp. 21-40. ISSN 1394-9330; ESSN: 2180-4257

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan kata kerja sokong dalam bahasa Melayu seperti yang telah ditemui dalam penggunaan verbe support bahasa Perancis di samping ingin melihat peranan yang dimainkan oleh kata kerja sokong dalam ayat serta meninjau persamaan dan perbezaan yang wujud bagi binaan ayat yang menggunakan kata kerja sokong "memberi" dalam bahasa Melayu dan donner dalam bahasa Perancis. Kajian ini berdasarkan teori Leksikon-Tatabahasa (Lexique-Grammaire) oleh Maurice Gross dan menggunakan korpus kajian yang dikumpul dalam bahasa Melayu dan diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis untuk tujuan perbandingan. Hasil kajian ini mendapati kewujudan kata kerja sokong dapat ditentukan berdasarkan fungsinya sebagai perealisasi kepada kata nama predikatif atau nom prédicatif dalam ayat. Terdapat persamaan yang amat ketara dari segi makna bagi kebanyakan ayat yang mengandungi kata kerja sokong dan juga ayat yang diterbitkan dengan penggunaan kata kerja distribusi sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Perancis.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Perbandingan kata kerja sokong dalam bahasa Melayu dan bahasa Perancis.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://web.usm.my/kajh/vol21_1_2014.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Keywords: Support verbs; Malay language; French language; Lexicon-Grammar; Actualisation; Predicate nouns
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 23 Dec 2015 04:39
Last Modified: 23 Dec 2016 09:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/34859
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item