Kasa, Zakaria (2004) Apakah Nilai Kerja Pekerja Kilang? Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 13 (1). pp. 103-106. ISSN 0128-7702
| PDF 1445Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan nilai kerja di kalangan pekerja kilang di daerah Hulu Langat, Selangor. Sebanyak 451 orang pekerja kilang telah dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data tentang latar belakang dan nilai kerja responden. Dapatan menunjukkan pekerja kilang menganggap jaminan pekerjaan, perkembangan keIjaya, ganjaran ekonomi, keadaan tempat keIja, kreativiti, gaya hidup dan hubungan antara pekerja penting kepada mereka. Mereka tidak begitu mementingkan nilai kerja autonomi dan prestij. Selain itu, data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pekerja lelaki dan perempuan bagi nilai kerja kreativiti, hubungan antara pekerja dan autonomi. Pekerja lelaki didapati lebih mementingkan nilai-nilai tersebut berbanding pekerja wanita.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Nilai kerja, soal selidik, pekerja kilang, autonomi, kreativiti |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3477 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 26 Nov 2009 12:46 |
| Last Modified: | 07 Apr 2010 11:23 |
Repository Staff Only: item control page