Jumingan, Muhammad Fauzi (2004) Penterjemahan Simpulan Bahasa Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 12 (2). pp. 143-149. ISSN 0128-7702
| PDF 3218Kb |
Abstract
Pada abad ke-20 ini, telah muncul beberapa teori dan pendekatan baru dalam dunia penterjemahan moden. Antaranya seperti teori dinamik oleh Nida dan Taber (1967), teori semantik dan komunikasi oleh Newmark (1981) teori skopos oleh Vermeer dan Reis (1981), dan teori sastera oleh Larson (1984). Secara dasarnya, kesemua teori ini lebih menumpukan kajian pada produk penterjemahan itu sendiri yang dikenali sebagai karya (hasil) terjemahan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad ke-20 ini muncul satu teori baru dalam komunikasi manusia. Teori ini cuba menafikan konsep lama dalam komunikasi yang menggarap prinsip komunikasi sebagai pengekodtransmisi- penyahkod. Dengan kata lain, komunikasi menurut teori ini harus melibatkan pemprosesan idea dan minda manusia yang sepatutnya bekerja dalam membuat keputusan tentang sesuatu komunikasi. Teori ini dinamakan teori relevans (TR) yang telah diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986/1995). Teori ini kemudiannya telah dikembangkan oleh Gutt dalam disiplin penterjemahan pada tahun 1991. Oleh itu, makalah ini cuba melihat penerapan TR dalam penterjemahan Arab-Melayu, khususnya dalam aspek simpulan bahasa (SB). Bagaimana konsep dua makna ini dihasilkan dan manakah makna yang dikehendaki oleh penulis asal akan cuba dijawab oleh TR.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Simpulan bahasa, penterjemahan Arab-Melayu, teori Relevans, set andaian |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3464 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 26 Nov 2009 11:58 |
| Last Modified: | 07 Apr 2010 11:14 |
Repository Staff Only: item control page