Keyword Search:

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

Muhamad, Mazanah and Mat Junoh, Adanan (2004) Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 12 (2). pp. 163-171. ISSN 0128-7702

[img] PDF
4Mb

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melalui program pengajian jarak jauh di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL), Universiti Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap program tersebut. Seramai 360 guru daripada empat pusat pembelajaran IDEAL telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data telah dikumpul melalui satu instrumen yang dibina khusus bagi kajian ini berdasarkan 'Educational Participation Scale' (EPS) yang dibangunkan oleh Boshier (1973). Sebanyak 272 borang soal selidik yang lengkap dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Kajian ini mendapati tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah (i) pembangunan profesional; (ii) minat kognitif; (iii) kebajikan sosial; (iv) matlamat peribadi; (v) aktiviti pembelajaran; (vi) jangkaan luaran, dan (vii) perhubungan sosial. Tahap motivasi guru terhadap program pengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi di antara guru berlainan bangsa, semester pengajian, program pengajian dan lokasi sekolah.

Item Type:Article
Keyword:Motif, motivasi, pendidikan dewasa, pembelajaran dewasa
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:3456
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:26 Nov 2009 03:39
Last Modified:27 May 2013 07:08

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 26 Nov 2009 03:39.

View statistics for "Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian"