Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah and Elias, Habibah (2004) Keupayaan Usahawan Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian Kes. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 12 (1). pp. 61-70. ISSN 0128-7702
| PDF 5Mb |
Abstract
Kajian ini bertujuan memnjau persepsi usahawan Bumiputera terhadap keupayaan mereka melaksanakan kemahiran keusahawanan. Kajian ini berbentuk kajian kes ke atas 72 usahawan yang dipilih secara rawak daripada senarai ahli berdaftar dengan Dewan Perniagaan Melayu. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Usahawan bumiputera mempunyai keupayaan yang tinggi berkaitan dengan kemahiran membentuk hubungan manusia yang baik, dan menentukan keperluan pelanggan. Secara amnya usahawan bumiputera berkeupayaan sederhana tinggi dalam aspek mengendalikan kemahiran pengurusan. Walau bagaimanapun, lebih daripada 50% usahawan mempunyai persepsi bahawa mereka mempunyai keupayaan 'rendah' ke 'sederhana' untuk melaksanakan kemahiran yang spesifik berkaitan dengan kewangan dan pemasaran. Mereka tidak melihat kemahiran berkaitan dengan pemasaran sebagai kemahiran yang paling penting. Kajian ini merumuskan pengalaman usahawan tidak begitu membantu mereka menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti rutin dalam bidang tersebut. Cadangan telah dibuat untuk menggalakkan usahawan menukar sikap supaya lebih bersedia mengikuti program latihan keusahawanan yang releven untuk mengemas kini ilmu pengetahuan dalam menjalankan perniagaan. Agensi yang memberi latihan keusahawanan sepatutnya menggunakan strategi berbentuk pengalaman supaya menjadi lebih berkesan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Usahawan Bumiputera, kemahiran keusahawanan, kewangan, pemasaran, pengalaman |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3454 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 26 Nov 2009 11:31 |
| Last Modified: | 07 Apr 2010 11:07 |
Repository Staff Only: item control page