Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik di dalam Pendidikan Perakaunan

Abdul Kadir, Suhaida and Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah and Yaakub, Noran Fauziah and Elias, Habibah and Ahmad Tarmizi, Rohani (2004) Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik di dalam Pendidikan Perakaunan. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 12 (2). pp. 151-161. ISSN 0128-7702

[img] PDF
2621Kb

Abstract

Konsep kendiri akademik merupakan persepsi individu terhadap kebolehan dirinya dalam bidang akademik. Pemupukan konsep kendiri positif dalam diri pelajar adalah penting kerana konsep kendiri akademik yang tinggi akan membina keyakinan diri terhadap pencapaian cemerlang. Kajian di luar negeri menunjukkan pembelajaran koperatif berupaya meningkatkan konsep kendiri pelajar. Pada masa kini, strategi pembelajaran berkumpulan ini juga mula mendapat perhatian dalam sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, kajian berbentuk empirik untuk mengukur keberkesanan strategi tersebut dalam konteks Malaysia sangat berkurangan. Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian berbentuk eksperimen yang dijalankan di peringkat sekolah menengah. Kajian ini membandingkan strategi pembelajaran koperatif dengan strategi tradisional terhadap konsep kendiri akademik dalam pendidikan perakaunan. Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan strategi pembelajaran koperatif diperoleh melalui soalan terbuka yang berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan konsep kendiri akademik pelajar kumpulan pembelajaran tradisional lebih tinggi berbanding kumpulan pembelajaran koperatif. Namun begitu, data kualitatif yang diperoleh menjelaskan dengan lebih terperinci pengalaman positif yang dilalui oleh pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa strategi pembelajaran koperatif sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Item Type:Article
Keyword:Konsep kendiri akademik, pendidikan perakaunan, strategi pembelajaran koperatif
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
Publisher:Universiti Putra Malaysia Press
ID Code:3452
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:26 Nov 2009 03:26
Last Modified:27 May 2013 07:08

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 26 Nov 2009 03:26.

View statistics for "Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Konsep Kendiri Akademik di dalam Pendidikan Perakaunan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.