Kasa, Zakaria and Bakar, Ab. Rahim (2004) Aspirasi Pekerjaan Pelajar Kejuruteraan Sekolah Menengah Teknik. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 12 (1). pp. 53-59. ISSN 0128-7702
| PDF 4Mb |
Abstract
Aspirasi kerjaya adalah satu aspek penting dalam kehidupan seseorang yang boleh mempengaruhi kemajuan kerjayanya. Aspirasi kerjaya boleh menjadi daya penarik kepada pelajar sekolah untuk menceburi sesuatu pekerjaan. Satu kajian deskriptif dijalankan untuk mengenal pasti aspirasi kerjaya pelajar bidang kejuruteraan di sekolah menengah teknik di Semenanjung Malaysia. Sejumlah 1,123 pelajar Tingkatan Empat dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Dapatan menunjukkan kebanyakan pelajar perempuan memasuki bidang kejuruteraan awam dan binaan, manakala kebanyakan pelajar lelaki memasuki bidang kejuruteraan elektrikal dan mekanikal. Majoriti responden menyatakan mereka memilih bidang pengajian kerana minat. Walaupun responden memasuki bidang kejuruteraan, hanya separuh daripada mereka bercita-cita menjadi jurutera, manakala yang lain telah memilih pelbagai jenis pekerjaan lain selain jurutera. Justeru itu, adalah dicadangkan agar usaha perlu dilaksanakan untuk menarik lebih banyak pelajar berminat untuk me~adi jurutera, terutama di kalangan mereka yang mengikuti bidang kejuruteraan. Ini boleh dilakukan dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis pekerjaan yang berkaitan bidang peng~ian mereka.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Aspirasi kerjaya, panduan kerjaya, pembangunan kerjaya, kerjaya dalam kejuruteraan, pendidikan teknikal dan vokasional |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| Publisher: | Universiti Putra Malaysia Press |
| ID Code: | 3441 |
| Deposited By: | Nur Izyan Mohd Zaki |
| Deposited On: | 26 Nov 2009 11:06 |
| Last Modified: | 07 Apr 2010 10:55 |
Repository Staff Only: item control page