Keyword Search:


Bookmark and Share

Kesilapan ejaan dalam terjemahan pelajar bahasa Perancis di Universiti Putra Malaysia

Abdul Halim, Hazlina and Ang, Lay Hoon and Abd Rahim, Normaliza and Mamat, Roslina and Mansor, Nor Shahila (2016) Kesilapan ejaan dalam terjemahan pelajar bahasa Perancis di Universiti Putra Malaysia. Journal of Business and Social Development, 4 (1). pp. 78-83. ISSN 2289-2915

[img] PDF (Abstrak)
47Kb

Official URL: http://jbsd.umt.edu.my/?page_id=285

Abstract

Sering kali terdapat kesilapan pelajar dalam mempelajari bahasa Perancis. Kesilapan ini akan menggugat proses penguasaan bahasa kerana ia akan memberi kesan terhadap proses penguasaan gramatikal dan semantik pelajar. Justeru itu, kajian ini bertujuan menganalisis kesilapan ejaan dalam karangan pelajar yang mempelajari bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 15 karangan sepanjang 250 – 400 perkataan yang disediakan oleh pelajar tahap Tiga. Analisis kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif dengan mengaplikasikan pengkelasan kesilapan ejaan oleh Rimrott & Heift (2008). Hasil kajian mendapati sebanyak 77 kesilapan dilakukan oleh pelajar, yang melibatkan 22 kesilapan fonologikal, 33 kesilapan morfologikal dan 22 kesilapan leksikal. Hasil kajian juga mendapati, kesilapan ini berlaku disebabkan kekeliruan fonologikal, generalisasi terlampau daripada bahasa Inggeris dan ketidakfahaman mengenai tatabahasa bahasa Perancis, khususnya yang melibatkan kala lampau dan bentuk pasif.

Item Type:Article
Keyword:Spelling errors; Translation; French language
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
Publisher:Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
ID Code:34318
Deposited By: Nurul Ainie Mokhtar
Deposited On:15 Sep 2016 11:57
Last Modified:15 Sep 2016 11:57

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 15 Sep 2016 11:57.

View statistics for "Kesilapan ejaan dalam terjemahan pelajar bahasa Perancis di Universiti Putra Malaysia"